Rating sokongan Muhyiddin kekal stabil pada 67%, menurut tinjauan



Sebaran :


PETALING JAYA: Tinjauan Merdeka Center mendapati rating sokongan terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kekal stabil pada 67%, walaupun terdapat kebimbangan terhadap ekonomi dan pandemik.

Katanya, rating itu meningkat sedikit berbanding 63% yang dicatatkan pada akhir Januari lalu menerusi tinjauan sebelum ini.

Tinjauan itu dari 31 Mac hingga 12 April lalu itu membabitkan 2,111 pengundi di Semenanjung Malaysia, dengan 64% responden terdiri daripada orang Melayu, Cina (28%) dan India (8%).



Katanya, sokongan Muhyiddin dalam kalangan pengundi Melayu kekal kukuh pada 83%, walaupun sokongan orang Cina dan India lebih rendah pada tahap 30% serta 66%.

Lebih ramai responden berpendapat negara “menuju ke arah salah”, iaitu 46% mempunyai sentimen itu berbanding 41% yang berpandangan sebaliknya.

“Mereka yang berpendapat negara menuju ke arah betul menyuarakan perasaan positif terhadap kerajaan dan mengiktiraf kebajikan rakyat dijaga.



“Mereka yang merasakan negara menuju arah salah menyuarakan kebimbangan terhadap kestabilan politik dan keadaan ekonomi tidak baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Keadaan ekonomi negara ialah kebimbangan utama responden, disusuli pandemik. Sebanyak 57% daripadanya berkata, keadaan kewangan lebih teruk berbanding setahun lalu.

Hanya 2.4% responden yang bimbang dengan situasi politik negara.



Kebanyakan responden berpuas hati dengan cara kerajaan mengendalikan Covid-19, dengan 70% menyokongnya, peningkatan besar berbanding 53% pada Januari lalu yang mencatatkan lebih 4,000 kes harian.

Sebanyak 74% pengundi turut merasakan Putrajaya sudah membantu golongan memerlukan ketika pandemik.

“Pada pendapat kami, tinjauan ini menunjukkan pengundi yang berpangkalan di Semenanjung menunjukkan tanda optimisme selepas ekonomi dibuka semula, bersama pelancaran vaksinasi.



“Ini menunjukkan masih ada sokongan kuat untuk perdana menteri dan keyakinan agak baik terhadap pengurusan pandemik serta ekonomi.” FMT

Antara #kerajaangagal dan pemimpin yang gagal


Sebaran :


Leave a Reply