Resepi Rendang Ayam Cili Padi Mak Kau Hijau


Rendang Ayam Cili Padi Yang Sedap

Apa lagi jom cuba resepi ini , boleh ja buat untuk berbuka puasa atau untuk raya nanti.

Rendang Ayam Cili Padi Mak Kau Hijau
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:



1 ekor ayam – potong 14
1 sudu besar serbuk kunyit – untuk cantikkan warna
1 helai daun kunyit – dihiris
3 helai daun limau purut
1/2 kg santan pekat
1 sudu kecil cili kering kisar – opsyenal
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar garam kasar atau secukup rasa
1 sudu besar gula

Bahan kisar:

2-3 biji bawang besar
15 tangkai cili padi hijau dan merah – boleh tambah jika suka pedas
3 batang serai
1 inci halia
4 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup

Cara cara:



Bahan bahan kisar dikisar dengan santan tapi jangan terlalu hancur supaya rendang akan lebih berserdak.

Masukkan ayam, serbuk kunyit dan bahan kisar ke dalam kuali dan nyalakan api kecil seketika agak agak air ayam kering.

Setelah air ayam kering, masukkan santan dan daun limau purut. Saya juga letak sedikit cili kering kisar sekadar hanya untuk mencantikkan warna.

Selalu dikacau di bahagian bawah kuali supaya tidak hangit dan melekat. Jangan kacau ayam, untuk mengelakkan ayam hancur.



Setelah terbit minyak dan hampir kering, masukkan kerisik, garam dan gula.

Masak sehingga kering yang disukai denga api yang kecil. Akhir sekali, masukkan daun kunyit yang dihiris halus. Tutup api.

Nota :



Jika suka, boleh juga ditumis terlebih dahulu bahan kisar sebelum dimasukkan ayam dan santan.

Jika mahu rendang yang kering, biarkan lama lama atas dapur dengan api yang kecil, kacau di bahagian bawah kuali supaya tidak hangit dan melekat. Cara mengacau juga penting.

Resepi ini tidak menggunakan asam keping, tapi jika suka boleh letak 1 keping asam keping.



Resepi Azie Kitchen

Sambal balado Seberang. Confirm tak cari resepi lain dah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker