Gadis jadi hamba seks bapa, tiga abang kandung



Sebaran :


MELAKA – Perbuatan jelik seorang bapa dan tiga anak lelakinya menjadikan remaja perempuan berusia 18 tahun sebagai hamba seks selama setahun akhirnya terbongkar selepas polis memberkas keempat-empat suspek, semalam.

Bapa dan dua abang mangsa serta seorang kakak ipar ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Tanjung Kling pada pukul 12.45 pagi, manakala seorang lagi suspek ditahan pada pukul 1.13 pagi di Bemban.

Kesemua mereka ditahan berusia antara 23 sehingga 48 tahun.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, tangkapan dibuat susulan mangsa membuat laporan pada pukul 2.59 petang, kelmarin mendakwa dirogol dan diliwat oleh ayah dan tiga abang kandung secara bergilir-gilir di sebuah rumah di Tanjung Minyak.

“Bertindak atas laporan, polis menahan bapa dan ketiga-tiga abang mangsa, serta kakak iparnya.

“Hasil saringan ujian air kencing ke atas kesemua saspek mendapati tiga orang daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.



Katanya, hasil soal siasat, mangsa berusia 18 tahun empat bulan memberitahu, kejadian rogol dan liwat itu berlaku sejak Februari 2020 dan kali terakhir pada Februari lalu.

Mengulas lanjut, Sukri berkata, perbuatan itu dilakukan secara bergilir-gilir oleh suspek apabila berada di bawah pengaruh dadah.

Katanya, kesemua suspek kini telah direman selama tujuh hari sehingga 29 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376B dan 377C Kanun Keseksaan. K Online



Mangsa cabul bapa kandung minta perlindungan polis


Sebaran :


Leave a Reply