Mangsa cabul bapa kandung minta perlindungan polis


Seorang perempuan yang mendakwa menjadi mangsa cabul bapa kandungnya kini terdesak mahukan pihak yang berkenaan memberikan peritah perlindungan interim (IPO).

Menurut kakak mangsa, suspek yang bergelar Datuk Seri itu sudah diadukan kepada polis namun kini dibebaskan dengan jaminan pihak berkuasa terbabit.

Peguam K Ganesh pula berkata bahawa perempuan terbabit bersama dua lagi adik-beradik mangsa memang memerlukan perlidungan polis selepas membuat aduan pada 14 Jan lalu.

“Apa yang saya tidak faham ialah mengapa pihak berkuasa tidak memohon IPO untuk melindungi anak guam saya, sebaliknya membiarkan dia kepada kemungkinan diserang suspek,” katanya dalam satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.



Sidang media, itu turut dihadiri mangsa, 20, bersama kakaknya – berusia 22 tahun – adiknya yang berusia 15 tahun.

Menjelaskan situasnya mangsa mendakwa mereka menerima ugutan dan ancaman daripada suspek dalam bentuk pesanan teks dan foto.

Menurut kakak mangsa, laporan polis dibuat selepas suspek terbabit dituduh mencabul sejak mangsa berusia 10 tahun. Katanya laporan itu dibuat di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, suspek berusia lewat 40-an ditahan pada 15 Jan sebelum dibebaskan dalam jaminan polis dua hari kemudian.



IPO merupakan perintah yang dikeluarkan mahkamah atau pusat penempatan sementara yang diluluskan menteri. Ia dikeluarkan sementara siasatan terhadap kesalahan keganasan rumahtangga berjalan.

Sementara itu, Ganesh turut mempersoal kelewatan pihak yang berkenaan mendakwa suspek.

“Sukar untuk dipercayai Jabatan Peguam Negara memerlukan masa begitu lama untuk membuat keputusan apabila kami berpendapat ada bukti kuat untuk mendakwa suspek,” katanya.

Ganesh turut memberitahu pihaknya tidak teragak-agak untuk menyaman polis kerana gagal bertindak sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini ke atas mangsa.



“Ini kerana polis bertanggungjawab menjaga keselamatan orang awam, oleh itu perlu bertanggungjawab atas dakwaan mereka gagal menjalankan tugas,” katanya. Mk

Turki Tahan Bapa Cabul Anak di Platform TikTok



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker