Minta maaf lepas belasah pekerja hanya ‘wayang’ murahan

Suspek buat kenyataan ‘flip-flop’ di mahkamah timbul tanda tanya

Pasti ramai sudah mengagak adegan minta maaf majikan yang didakwa memukul pekerjanya kerana berpuasa, hanyalah ‘wayang’ murahan.

Mana tidaknya, majikan yang juga suspek utama menampar, memukul dan mengacu pistol ke arah dua pengawal peribadinya itu, dilaporkan mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan di Mahkamah Majistret hari ini.

Tertuduh, Chun Chee Yang, 43, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret P Sarulatha.

Mengulas perkara itu, Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya berkata, tindakan suspek bercanggah dengan kenyataan di media melalui sebuah videonya yang meminta maaf kepada umat Islam.

“Keberanian suspek (majikan) untuk membuat kenyataan yang ‘flip-flop’ terutamanya di mahkamah ini memang membuatkan masyarakat tertanya-tanya.

Isu SJKC: Mana Menteri Pendidikan? Apakah PN juga sokong vernakular

“Ditambah lagi dengan hakikat beliau menyebut ‘itu IGP saya pegang’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Haji Aminuddin juga tidak menolak kemungkinan semua teori kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbukti benar melalui kes ini.

“Kita tahu suspek dikatakan kaya-raya hasil dari perniagaan-perniagaan ‘gelap’ di mana polis telah mendedahkannya baru-baru ini.

“Hakikat tersebar luasnya isu kartel dan kem dalam PDRM yang sangat membarah membuatkan rakyat lebih gusar kerana kesemua ini seolah-olah ada kaitan,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker