Sami Pancung Kepala Sendiri Sebagai Tanda Pengorbanan
Seorang sami di Thailand memancung kepala sendiri sebagai tanda pengorbanan kepada Buddha dan mengharap kelahiran semula yang lebih suci, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.
Thammakorn Wangpreecha, 68, dilaporkan merancang upacara pengorbanan aneh dan ekstrem itu sejak lebih lima tahun lepas.
Dia bertindak demikian menggunakan sejenis alat pancung kepala buatan sendiri dikenali sebagai guillotine.
Sami itu percaya bahawa pengorbanan kepada para dewa akan memberikannya memberikan tuah di akhirat atau dikenali sebagai ‘merit’.
Warga emas itu ditemui mati pada 15 April lalu di kuil Wat Phu Hin di wilayah Nong Bua Lamphu, timur laut Thailand.
Anak saudaranya, Booncherd Boonrod menemui mayat Thammakorn bersama sebiji batu marmar yang tertulis rancangan bapa saudaranya itu.
“Dalam surat itu dinyatakan bahawa memotong kepala adalah cara dia memuja Buddha dan sudah merancang perbuatan itu sejak lima tahun lalu.
“Bapa saudara terlalu mengimpikan satu kedudukan yang lebih tinggi di sisi Buddha dan yakin tindakan memenggal kepala boleh membantunya mencapai impian itu,” kata Booncherd.
Sami yang sudah mendiami kuil itu selama 11 tahun didakwa mendapat inspirasi memancung kepala daripada sebuah dewa memegang kepala sendiri yang didirikan di situ.
Walaupun ada pengikut memuji pengorbanan Thammakorn, Pejabat Buddha Kebangsaan Thailand meminta pemerintah daerah untuk membantu mereka menjelaskan kepada penduduk di kawasan itu bahawa amalan tersebut tidak digalakkan dalam agama. – Agensi
You must be logged in to post a comment.