Menteri kata kenaikan harga makanan ternakan luar kawalan kerajaan

Malaysia tak hasilkan jagung yang cukup untuk dijadikan makanan haiwan

 Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, kenaikan harga komponen makanan ternakan disebabkan pasaran antarabangsa, yang di luar kawalan kerajaan.

Katanya, kenaikan harga makanan ternakan seperti jagung dan kacang soya semakin meningkat di pasaran dunia.

Ia menjadi penyebab penternak ayam berdepan kos tinggi untuk mendapatkan bekalan, katanya. 

“Malaysia masih banyak mengimport jagung dan soya yang menjadi sebahagian daripada komponen makanan haiwan.

“Kita tidak menghasilkan cukup jagung untuk dijadikan makanan haiwan. Kalau ia diimport dari luar maka negara kita tidak dapat mengawal harga pada kadar yang berpatutan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kenaikan harga makanan haiwan ini sudah berlaku sejak empat hingga lima bulan lalu.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga sudah mengambil langkah bagi menetapkan harga ayam standard pada RM7.90 sekilogram melalui Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021 yang berkuat kuasa 21 April hingga 20 Mei ini.

Najib Jelaskan Panjang Lebar Tentang Pelaburan Microsoft Buat Muhyiddin Kesipuan

Justeru, Ronald berkata, pemain industri perlu mematuhi harga kawalan ditetapkan dan pengawalan harga juga perlu dibuat dalam rantaian industri.

Beliau berkata, pihaknya bersama-sama KPDNHEP mengadakan perjumpaan dengan pemain industri untuk mengambil tindakan bagi mengatasi masalah harga runcit ayam termasuk mencadangkan penambahan permit import (AP) ayam.

Baru-baru ini dilaporkan bahawa kenaikan harga makanan ternakan yang terdiri daripada soya dan jagung, yang kebanyakannya diimport dari Argentina dan Brazil, dikesan menjadi antara punca kenaikan harga ayam di negara ini.

SJKC diterima arus perdana? Hebat kamu ultra kiasu, sindir Ridhuan Tee

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker