Biodata dan Latar Belakang Bront Palarae @ Nasrul Suhaimin bin Saifuddin



Sebaran :

Kelahiran
Nasrul Suhaimin bin Saifuddin

27 September 1978 (umur 42)

Pekerjaan Pelakon, penulis lakonlayar, pengarah filem, penerbit, pengacara
Tahun aktif 2000–kini
Pasangan Rozi Izma (k. 2013)
Anak Adeena Imani

BIODATA

Nasrul Suhaimin bin Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Bront Palarae (lahir 27 September 1978) ialah seorang pelakon, penerbit, pengarah, penulis lakonlayar dan pengacara televisyen Malaysia. Bront memulakan kerjaya lakonan menerusi peranan kecil dalam drama Mat Nor Kusyairi and the Velveboys (2000) dan peranan pembantu dalam Dengan Nama Cinta (2003), kemudian mendapat peranan utama dalam Cinta Tsunami (2005). Beliau membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi watak sampingan dalam filem Lang Buana (2003), serta telah membintangi beberapa filem terkenal yang menerima pengiktirafan kritis termasuk Castello dan Tipah Tertipu The Movie (kedua-duanya 2006), Anak Halal (2007), Kala Malam Bulan Mengambang (2008), V3: Samseng Jalanan dan Belukar (2010), Ombak Rindu (2011), dan Terbaik dari Langit (2014).

Bront memulakan kerjaya antarabangsanya pada tahun 2015 menerusi filem Jepun, Redemption Night, seterusnya muncul dalam filem Indonesia, Headshot (2016). Sebagai krew filem, beliau telah mengarahkan beberapa filem termasuk Kolumpo (2013) yang mana beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip dan penerbit. Bront telah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama di Festival Filem Malaysia ke-23 pada 2010 menerusi lakonan berkesannya sebagai penyiasat insurans dalam filem Belukar. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global. Beliau juga aktif mencipta nama sebagai pelakon di negara jiran, Indonesia

Bront dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Beliau berketurunan Melayu Punjabi/Pakistan (bapa) dan Siam (ibu). Pada tahun 2005, beliau menerima biasiswa daripada kerajaan Itali untuk menghadiri kursus pendek dalam Bahasa & Budaya di Universiti Untuk Orang Asing Perugia, Itali. Beliau tinggal melebihi tempoh dan melawat negara itu dalam tempoh empat bulan.

Filem

2000 Lips to Lips Pengurus produksi
2003 Lang Buana Perdana
2006 Man Laksa Mat Topoi
Castello Abang Chalita Penampilan khas
Bilut Rosli
Tipah Tertipu The Movie Penjahat Juga sebagai penulis lakonlayar bersama Mamat Khalid
2007 1957: Hati Malaya Muzaffar
Anak Halal Danny
Apa Khabar Orang Kampung Pelakon Radio
2008 Akhirat Ramon Penampilan khas
Kala Malam Bulan Mengambang Mahinder Singh
Antoo Fighter: Amukan Drakulat Rambo
2009 Setem Abu Bakar/'Burn'
15Malaysia Lelaki Pedofilia Episod: "Lolipop", antologi filem pendek
2010 V3 Samseng Jalanan Brett
Belukar Nik
2011 Kongsi Kempedu
Sekali Lagi Haris
Ombak Rindu Ismail
Sirap Bandung Cap Ibu Jari Kaki Pengarah, juga sebagai penulis skrip
2012 Bunohan Deng
Jiwa Taiko Pinto
Lagenda Budak Setan 2: Katerina Hisyam
2013 Juvana Warden Encik Raja Penampilan kameo
Bikers Kental Ponthaliwat
Psiko: Pencuri Hati O. Sidi
Kolumpo Pengarah, juga sebagai penulis skrip dan penerbit
2014 Sejoli: Misi Cantas Cinta Jo
Lagenda Budak Setan 3: Kasyah Hisyam
Anak Jantan Somchai
Dollah Superstar Dirinya sendiri Penampilan kameo
Terbaik dari Langit Berg
2015 Redemption Night Rahman Filem Jepun
Jwanita Farhan
Jurassic World Simon Masrani Alih suara BM
Girlfriend Kontrak Zain
2016 Ola Bola Rahman
Headshot Ali Filem Indonesia
My Stupid Boss Adrian
Hanyut Sayed Rashid
2017 Kau Takdirku Harris
Pengabdi Setan Bahri Suwono Filem Indonesia
Ayat-Ayat Cinta 2 Baruch
2018 Dukun Shah
One Two Jaga Inspektor Rayyan Penerbit, dan watak pembantu
2019 Bikers Kental 2 Ponthaliwat Penampilan khas
Fly By Night Inspektor Kamal
KL Vampires Dirinya sendiri Pencerita pembukaan filem
Wira Leftenan Kolonel Izzar Penampilan kameo
Gundala Pengkor Filem Indonesia
2020 Motel Acacia Bront Filem Filipina
Zombitopia Dr. Rahman
Tyickoouns Long
2021 Edge of the World Filem dan drama yang belum dikeluarkan Pengiran Indera Mahkota Pos-produksi
TBA The Lies I Tell Filem dan drama yang belum dikeluarkan Iskandar Pengarah, Pos-produksi
Proksi Filem dan drama yang belum dikeluarkan Sam Pos-produksi
Mawas Filem dan drama yang belum dikeluarkan Pos-produksi
Sabotage Filem dan drama yang belum dikeluarkan Pengarah, Pos-produksi
Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen[48] Filem dan drama yang belum dikeluarkan Pengarah, Pos-produksi; juga sebagai penerbit[49][50]
Safari Mall Filem dan drama yang belum dikeluarkan Pengarah, Pos-produksi
The Intern Filem dan drama yang belum dikeluarkan Pengarah, Pos-produksi
What Comes Around Filem dan drama yang belum dikeluarkan Pos-produksi

Drama

2003 Dengan Nama Cinta ntv7
2004 Rumah itu Duniaku Husni TV1
Garisan Takdir Mediacorp Suria
Cinta Tsunami Rangsit TV3
2007 Cinta Secangkir Kopi Ammar TV9
2008 Sindarela Hussein @ Sin TV3
Rona Roni Makaroni Roni Astro Ria
2009 Tower 13 Johan Ariff TV3
Tangkai Besi Astro Citra
2010 Ibn Battuta: The Animated Series TV2 Suara
2011 Juvana Warden Encik Raja TV3
Hajar Aswad Asrul Aswad TV9
2012 Pulau Azri
Projek Pop 8TV Penampilan khas
I Eat KL HyppTV
2015 Halfworlds (Musim 1) Gusti HBO Asia
2018 Doors: A Philippines Horror Anthology Boo Episod: “Daddy’s Home”
Folklore MP HBO Asia Episod: “Toyol”
2018–2020 The Bridge Megat Jamil HBO Asia/Viu
Telefilem
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2000 Mat Nor Kusyairi and the Velveboys ntv7
2003 Neon Kawan Ringgo VCD
2004 Zon 606 Fariz
2009 Senandung Malam Astro Prima
2010 Bunga Rampai Musim Tengkujuh Jamal TV1
2012 Kasih Bumi Bumi TV9
Darah Daging Astro Prima
2013 NY Cinta Seth Astro First Eksklusif
2014 Sebenarnya Khaliff TV3
2015 3 Nota Atoi Astro Prima
2016 Eropah, Here I AM Bukhari Astro Citra
2017 Kekasih Elektrik
2018 Janji Zehan – Lahzeya Bi Payan Faizal Astro First Eksklusif
Televisyen
Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2003 Beat TV Astro Ria Beliau mengacarakannya bersama Dynas
Iklan

2006 Hotlink bersama Sari Yanti
2008 Visit Singapore
Videografi
Muzik video
Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2017 “Kembali” Kaka Azraff
Anugerah dan pencalonan
2010 Anugerah Skrin ke-14 Pelakon Lelaki Terbaik Filem Belukar Menang
Festival Filem Malaysia ke-23 Pelakon Lelaki Terbaik Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik V3: Samseng Jalanan Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-24 Pelakon Filem Lelaki Popular Bront Palarae Tercalon
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
2012 Anugerah Skrin ke-16 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem Jiwa Taiko Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-25 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Tercalon
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 Pelakon Filem Lelaki Popular Bront Palarae Tercalon
Watak Jahat dalam Filem atau Drama Popular Tercalon
2013 Anugerah Blokbuster 2 Anugerah Watak Penjahat Terhebat Jiwa Taiko Tercalon
2014 Anugerah Stail EH! Selebriti Lelaki Paling Bergaya Bront Palarae Tercalon
Selebriti Lelaki Paling Seksi Tercalon
Anugerah Lawak Warna 2 Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) Sejoli Menang
Festival Filem Malaysia ke-26 Pelakon Lelaki Terbaik Psiko Pencuri Hati Tercalon
Anugerah Skrin ke-18 Pelakon Lelaki Terbaik Filem Menang
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur Pelakon Lelaki Terbaik Tercalon
2015 Anugerah MeleTOP Era 2 Bintang Filem MeleTOP Bront Palarae Tercalon
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 Pelakon Lelaki Terbaik Terbaik dari Langit Menang
2016 Majlis Anugerah Pengkritik Filem Kuala Lumpur Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Ola Bola Menang
Anugerah Melodi 2016 Personaliti Filem Melodi Bront Palarae Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon Filem Lelaki Popular Bront Palarae Tercalon
Anugerah Skrin 2018 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem Kau Takdirku Tercalon



 

Iklan raya promosi judi: Kenapa tahan yang diupah? – Bront Palarae




Sebaran :


Leave a Reply