Setelah U-TURN Akui Kenaikan Harga Barang, Kini U-TURN Semula Dengan Dakwaan Sebaliknya

 

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjelaskan dakwaan kenaikan harga barang makanan seperti ayam, ikan dan daging di pasaran tempatan yang tular di media sosial baru-baru ini hanya membabitkan premis “upmarket” di sekitar Bukit Bintang.

Menterinya, Alexander Nanta Linggi berkata semakan terhadap harga ikan, ayam dan daging lembu di sekitar Kuala Lumpur dalam aplikasi PriceCatcher KPDNHEP seperti yang tular itu didapati kurang tepat kerana ia tidak menggambarkan situasi sebenar di kawasan lain.

“Paparan yang tular itu hanya membabitkan harga tiga barang, iaitu ikan kembung, ayam dan daging, di premis-premis sekitar daerah ‘upmarket’ Bukit Bintang saja.

“Semakan mendapati terdapat premis lain di kawasan berdekatan yang menjual tiga barang berkenaan pada harga lebih murah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, dalam paparan tular itu, harga ikan kembung (lapan hingga 12 ekor 1kg) sehingga RM24, ayam bersih Super setinggi RM12 sekilogram, manakala daging lembu tempatan (bahagian dua daging pejal kecuali batang pinang) mencecah RM40 sekilogram.

Katanya, maklumat PriceCatcher sepenuhnya berdasarkan semakan harga terkini semalam mendapati ikan kembung (antara 8 hingga 12 ekor 1kg) dijual kurang RM22, dengan beberapa pasar raya didapati menjualnya pada harga lebih murah, antara RM8.90 dan RM18 sekilo.

Selain ikan kembung, beliau berkata, aplikasi PriceCatcher menunjukkan ayam Super dijual pada harga kurang RM10 sekilo, manakala daging lembu tempatan (bahagian dua daging pejal) berharga RM35 sekilo di Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur.

Kerajaan PN Nafi Barang Naik, Tapi Najib ‘Kantoikan’ Dengan Data Kerajaan Sendiri

Linggi berkata, paparan harga dalam aplikasi PriceCatcher disusun mengikut lokasi serta harga bagi memudahkan pengguna membandingkan harga di semua premis berdekatan.

“Oleh itu, kurang tepat untuk membuat rumusan harga hanya berdasarkan premis tertentu.”

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, KPDNHEP melancarkan Ops Catut 8.0 bermula 15 April lalu susulan kenaikan harga ayam yang dikesan baru-baru ini.

Katanya, 24 notis dikeluarkan kepada pemborong dan 16 lagi kepada penternak yang disyaki mencatut ayam sehingga Jumaat lalu.

Beliau berkata, hasil analisa awal mendapati harga makanan ternakan terdiri daripada soya dan jagung yang kebanyakannya diimport dari Argentina dan Brazil mengalami kenaikan.

“Ini menjejaskan harga ayam dalam rantaian bekalan dan peringkat ladang ke pemborong, peruncit dan pengguna.”

Katanya, KPDNHEP turut melancarkan Ops Pantau ke atas harga barang keperluan harian mulai 13 April lalu yang memfokuskan ayam, daging dan ikan di bazar Ramadan, Aidilfitri serta pelbagai jenis pasar, pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara.

Sebanyak 27 kesalahan direkodkan hasil pemeriksaan ke atas 5,768 premis sehingga Jumaat lalu.

Setelah Pendedahan Najib, Kementerian U-TURN Akui Harga Barang Makanan Naik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker