Lelaki maut ditetak 2 beradik disyaki akibat dendam



Sebaran :

LAHAD DATU: Seorang lelaki maut dipercayai akibat ditetak dengan parang oleh dua beradik yang juga rakan sekerja mangsa di sebuah ladang di Ulu Segama, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun dikatakan menemui dua beradik itu kerana berang dengan tindakan mereka sering mempersendakannya.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Rohan Shah Ahmad berkata, berlaku pertengkaran mulut antara mereka yang kemudiannya saling menyerang satu sama lain di hadapan rumah pekerja ladang.



“Akibat daripada kejadian itu, mangsa parah di bahagian kepala, tangan dan kaki,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pekerja lain cuba membantu mangsa, namun dipercayai beliau meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, dua beradik yang dikenali sebagai Darwin, 35, dan adiknya berusia 25 tahun, Darin, sempat melarikan diri.



Polis nafi suspek pukul ‘bodyguard’ diberi layanan istimewa

Setakat ini, Rohan berkata, lima individu berusia 18 hingga 35 tahun, termasuk seorang wanita ditahan untuk siasatan lanjut.

“Polis masih berusaha mengesan dua suspek terbabit bagi membantu siasatan.”

Beliau berkata, motif kejadian dipercayai akibat dendam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Khairuddin Husain menerusi 013-9071709 atau ke balai polis berhampiran.”

Seorang lagi individu direman bantu siasatan kes pukul pengawal puasa


Sebaran :


Leave a Reply