Bertembung lori dalam perjalanan pulang, doktor perubatan temui ajal

Seorang doktor lelaki yang dalam perjalanan pulang ke rumah, maut selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Krubong, di sini pada Khamis.

Mangsa, Sandeep Singh Panthlia, 41, yang bertugas di sebuah klinik swasta di Alor Gajah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa yang selesai bertugas di Alor Gajah dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Klebang Besar.



Menurutnya, setiba di lokasi kejadian kereta jenis Naza Forte dipandu mangsa secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan.

“Dalam masa sama, sebuah lori Isuzu Commando NHR55E yang dipandu lelaki berusia 57 tahun dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan kenderaan mangsa.

“Akibat rempuhan itu mangsa disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu lori yang beralamat di Paya Rumput dibawa ke Hospital Melaka kerana mengalami kecederaan di bahagian kepala, tangan dan menerima empat jahitan di hidung,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Khamis.

Tambah Christopher, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan permintaan pemeriksaan mayat (Pol.61) telah dikeluarkan bagi mengetahui punca kematian.



“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam



Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker