Kes pukul sebab puasa: Polis rampas 100 jongkong emas seberat 100kg


POLIS Diraja Malaysia merampas 100 jongkong emas seberat satu kilogram setiap satu yang ditemui dalam rumah salah seorang suspek kes pukul dua pengawal peribadi sebab puasa.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata keseluruhan emas seberat 100 kilogram itu dirampas di sebuah rumah yang terletak di Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

Polis turut merampas wang tunai dolar Amerika berjumlah 12,500 keping.

“Selain itu polis turut merampas sepucuk pistol dan 10 butir peluru. Pistol ini bawah kawalan seorang mangsa iaitu pengawal peribadi dan kepunyaan syarikat kawalan keselamatan. Maknanya dia berlesan.

“Lesen ini kita akan membuat siasatan lanjut. Kita juga merampas 5 telefon bimbit dan juga rotan yang digunakan,” katanya.

Arjunaidi berkata, keseluruhan jumlah rampasan bernilai RM28.45 juta.

Jelas beliau, empat lelaki yang disyaki terlibat dalam memukul dua pengawal peribadi menggunakan rotan kerana berpuasa itu telah direman lima hingga tujuh hari bermula hari ini.

Kesemua suspek terdiri tiga pekerja kepada majikan terbabit dan pengawal peribadi masing-masing berusia 38 hingga 46 tahun. Syarikat berkenaan terbabit dengan aktiviti ahlong dan judi haram.

Perintah reman iti dikeluarkan Majistret Solehah Noratikah Ismail selepas membenarkan permohonan daripada Polis Diraja Malaysia ( PDRM ).

Terdahulu, keempat-empat suspek itu ditahan bermula pukul 9 malam di sekitar Kelang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324, Seksyen 506 dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Selain itu kes berkenaan juga disiasat mengikut Akta Pencegahan pengubahan Wang Haram. SM

Polis tahan 4 individu kes pukul ‘bodyguard’ kerana puasa

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker