Kit Siang masih mahu bertanding CEC Dap walau berjanji akan bersara sekiranya Mahathir tidak lantik Anwar


Kit Siang mahu tanding jawatankuasa pusat DAP Jun ini

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata beliau akan bertanding pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti pada Jun ini, namun tidak mengharapkan sebarang jawatan tertinggi.

“Saya bersedia untuk dikalahkan dalam pemilihan parti yang sudah saya berikan lebih 55 tahun hidup saya mengejar impian Malaysia,” katanya ketika berucap dalam satu majlis di Kuala Lumpur, malam tadi.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu turut menegaskan bahawa DAP tindak menganjurkan dasar ke-Cinaan, ke-Melayuan ke-Indiaan, ke-Kadazanan atau ke-Ibanan.

“Kami sangat bertentangan dengan itu. Kami mahu rakyat Malaysia menerima bahawa rakyat negara ini mempunyai pelbagai identiti – etnik, agama, budaya, wilayah – tetapi paling utama mereka semua adalah rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam ucapan itu, beliau menuntut supaya orang Cina di negara ini, seperti mana-mana kaum, agama, bahasa, budaya lain, dilayan sama seperti rakyat kelas pertama.

“Ini satu-satunya cara untuk merealisasikan ‘Impian Malaysia’,” katanya. FMT

Sementara itu Najib Razak bertanya secara sinis kepada “uncle” Kit Siang :

Umur dah nak 81 tahun. Kit Siang masih mahu bertanding lagi?

Uncle bukan pernah janji pada Rakyat bahawa dia akan bersara dari politik sekiranya Mahathir tak serah jawatan PM kepada Anwar ke?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker