Kerajaan seolah belum sedar, ada rakyat dalam situasi kelaparan, kata Ahli Parlimen

PETALING JAYA: Segelintir rakyat sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan selepas kehilangan kerja akibat pandemik Covid-19. Pandangan itu disuarakan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, dengan memberi gambaran ada di antaranya yang hanya mampu makan sepinggan nasi atau mi segera dengan sebiji telur sahaja setiap hari.

Beliau berkata inilah realiti yang sedang dihadapi rakyat, namun kerajaan Perikatan Nasional seolah-olah belum sedar akan hal itu semasa membantu rakyat ketika pandemik.

Dalam temubual eksklusif FMT, Ahli Parlimen DAP itu berkata jika dilihat situasi sebenar yang berlaku memang terdapat anggota masyarakat yang kelaparan dan bergelut untuk menyediakan keperluan asas.

Beliau mendakwa situasi kemiskinan seperti ini tidak pernah dialami rakyat dalam tempoh 20 tahun lalu.

Charles Santiago

Ditanya apakah pentadbiran PN tidak menumpukan kepada masalah sebenar rakyat, beliau berkata terdapat kegagalan merancang dasar atau program di pihak kerajaan, selain kelemahan untuk membayangkan situasi sebenar rakyat golongan menengah ke bawah.

“Mereka mungkin mengaku mewakili rakyat dan bekerja demi rakyat. Tetapi pada ketika ini rakyat hidup dalam kelaparan. Ini bukan datang dari saya, ini apa yang diberitahu rakyat kepada kami.

“Ketika kami turun padang untuk mengagihkan bantuan makanan rakyat di kawasan Parlimen kami, mereka datang kepada kami dan berkata ‘terima kasih, bekalan ini akan membantu untuk mengisi perut kami selama seminggu’.

Polis tahan 4 individu kes pukul ‘bodyguard’ kerana puasa

“Tetapi ini tidak seharusnya berlaku. Rakyat seharusnya meraih pendapatan sendiri dan dalam waktu krisis seperti ini, kerajaan seharusnya boleh membantu keluarga yang memerlukan sokongan. Kita tidak pernah berdepan kemiskinan sebegini dalam tempoh 20 tahun lalu,” kata beliau.

Beliau berkata bantuan tunai RM800 kepada setiap isi rumah secara sekali beri (one-off) bagi menampung keperluan adalah tidak berkesan, apatah lagi dengan harga barang di pasaran yang semakin meningkat.

Mengambil contoh laporan UNICEF dan pandangan yang diterima dari masyarakat di kawasan Parlimennya, mee segera terpaksa dijadikan pilihan demi untuk mengisi perut bagi kebanyakan orang berpendapatan rendah, katanya.

Menurutnya lagi, beberapa ibu tunggal mengadu tidak mampu mendapatkan sayur atau ikan.

“Ini cukup untuk menyedarkan kita bahawa golongan B40 dan menengah ke bawah berdepan dengan masalah. Masalah mereka ialah hidup dalam kemiskinan.

“Saya tidak menafikan memang kerajaan ada menghulurkan bantuan. Tetapi ianya bukan bersasar. Apapun bentuk bantuan yang diterima itu adalah bawah garis kemiskinan atau bawah pendapatan minimum.

“Kerana kita tidak mempunyai satu sistem perlindungan yang teguh, sebaik sahaja negara dilanda krisis dan rakyat kehilangan kerja, sedar-sedar mereka hanya mampu bertahan dengan sepinggan nasi atau mi segera dengan sebiji telur.”

 

Sebab puasa, bodyguard kena pukul, ugut bunuh oleh majikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker