Mahkamah dimaklumkan Najib tiada apa kepentingan dalam SRC

Mahkamah rayuan diberitahu bahawa bekas perdana menteri Najib Razak tidak mempunyai kepentingan (kewangan) dalam SRC International.

Pasukan peguam bekas perdana menteri itu berhujah demikian semasa pendengaran rayuan untuk membatalkan sabitan dan hukuman bersalah ke atasnya dalam kes rasuah SRC melibatkan dana RM42 juta.

Peguam bela, Farhan Read berhujah bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah melakukan kesilapan dalam keputusannya terhadap Najib.

Ini kerana hakim perbicaraan Mohd Nazlan Mohd Ghazali gagal membuktikan bahawa Najib pernah mempunyai kepentingan dalam SRC, yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan, katanya.

Peguam itu berpendapat keputusan hakim bahawa Najib mempunyai ‘tingkah laku dan kawalan” terhadap SRC tidak mencukupi untuk menunjukkan tertuduh pernah mempunyai kepentingan dalam syarikat itu.

SRC pada satu ketika dahulu merupakan anak syarikat 1MDB yang bermasalah.

Bekas perdana menteri itu juga merupakan menteri kewangan, penasihat emeritus SRC dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

“Apa yang kami hujahkan adalah bahawa kami tidak membantah apa yang dikatakan hakim iaitu ‘tingkah laku dan kawalan’ sebagai ciri penting, tetapi dengan sendirinya, peguam berpendapat bahawa ini penting kerana salah satu daripada tujuh tuduhan yang disabitkan oleh Najib, iaitu satu tuduhan penyalahgunaan kuasa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, memerlukan bukti bahawa tertuduh mempunyai kepentingan dalam SRC,” katanya.

Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman kepada Najib atas satu tuduhan salahguna kuasa, tiga tuduhan pecah amanah (CBT) dan tiga tuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana RM42 juta SRC.

Hakim Nazlan kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta ke atas Najib.

Azmin dijangka bertembung Amirudin di Gombak pada PRU15

Namun, mahkamah membenarkan permohonan pasukan pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.

Semasa prosiding, Farhan menggunakan analogi yang melibatkan dua pasukan bola sepak Britain – Manchester United dan Liverpool – untuk menunjukkan bahawa Najib tidak mempunyai kepentingan dalam SRC.

“Sebagai contoh, perayu, yang merupakan penyokong kuat Manchester United, adalah presiden sebuah kelab bola sepak Malaysia, dan kelab tersebut terlibat dalam perbincangan untuk membawa pasukan bola sepak dari luar negara.

“Najib kemudian menyarankan agar Manchester United dibawa masuk sedangkan sebenarnya pasukan yang lebih baik adalah Liverpool.

“Setelah siasatan, perayu dikatakan telah melakukan pelaburan ke Manchester United dan akan mendapat hadiah besar ketika membawa pasukan itu ke negara ini.

“Hanya pada masa itu, boleh dikatakan bahawa Najib mempunyai kepentingan kewangan,” hujah Farhan yang membuatkan Najib dan beberapa yang lain di mahkamah tertawa.

Sementara itu, menjelang akhir prosiding di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan petang ini, pihak pendakwaan membangkitkan isu bahawa pasukan pembelaan memerlukan dua hari tambahan dalam penghujahan mereka.

DPP V Sithambaram membangkitkan perkara itu ketika pasukan pembelaan memberitahu mahkamah bahawa mereka memerlukan hari tambahan esok untuk menyelesaikan penghujahan.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan menetapkan 12 hari untuk mendengar rayuan, dengan pembelaan diperuntukkan empat hari pada minggu lalu untuk mengemukakan hujah, empat hari minggu ini untuk pendakwaan mengemukakan hujah balas, dan empat hari pada minggu depan untuk pihak pembelaan membalas hujah balas pihak pendakwaan.

Bagaimanapun, pasukan peguam Najib tidak hanya mengambil masa empat hari pada minggu lalu, tetapi juga hari ini dan esok untuk menggulung hujah mereka.

Bercakap kepada media, Sithambaram berkata salah seorang hakim telah menyatakan bahawa pasukan peguam Najib telah ‘mengambil’ dua hari yang awalnya diperuntukkan untuk pihak pendakwaan minggu ini.

DPP berkata dia telah memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan juga tidak boleh memendekkkan waktu penghujahan mereka hanya semata-mata kerana pihak pembelaan telah “memakan” masa selama dua hari untuk mengemukakan hujah.

Pasukan peguam Najib dijangka meneruskan hujah mereka pada jam 9 pagi esok. Pihak [endakwaan dijangka akan memulakan hujah mereka pada Rabu.

Penal hakim diketuai oleh hakim Mahkamah Rayuan Abdul Karim Abdul Jalil dan turut dianggotai hakim Vazeer Alam Mydin Meera dan Has Zanah Mehat.

JPJ tawar pengurangan saman sehingga 70 peratus

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker