Apa motif SUHAKAM bangkit isu ICERD? Guris hati umat Islam?

Kaji semula kedudukan SUHAKAM sebagai badan kerajaan

 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) sekali lagi mengguris hati umat Islam apabila mengulangi seruan agar kerajaan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Tindakan itu atas alasan kononnya dapat menjadi pemangkin kepada usaha lebih bersepadu untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira ras, warna kulit, keturunan, kewarganegaraan atau asal keturunan etnik.

Bagaimanapun seruan SUHAKAM itu hanya menunjukkan ia seolah-olah hidup jauh dari masyarakat majoriti – walaupun mereka adalah sebuah agensi kerajaan.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, sudah 2021 pun mereka – SUHAKAM – masih meratib-ratib agar kerajaan menerima ICERD – walaupun Kuala Lumpur pernah dibanjiri lautan manusia yang berhimpun membantahnya.

“Kita masih tidak lupa bagaimana SUHAKAM cuba mengambil kesempatan ketika mereka membuat ‘himpunan balas’ menyokong ICERD pula, dengan sokongan pemimpin-pemimpin PH sewaktu mereka menjadi kerajaan dahulu walaupun sambutan hambar sahaja berbanding yang menolak ICERD.

Pembela, Ummah kecewa kes Adib masih gagal diselesaikan

“Kita tidak pasti apakah motif mereka tiba-tiba sahaja membangkitkan isu ini kembali. Apakah kerana rakyat tidak boleh turun berhimpun sekarang ini kerana wabak COVID-19?

“Atau mereka cuba mengambil kesempatan akan kerapuhan kerajaan yang sedang sibuk berpolitik dan ‘bergaduh’ sesama sendiri?” soalnya dalam kenyataan, hari ini.

Meskipun begitu, Aminuddin yakin, gesaan berkenaan hanyalah modus operandi ‘cucuk dulu, lepas itu minta maaf dan cuba lagi’.

“Mereka yang mengamalkan taktik ini tidak akan minta maaf sehingga digegar dan dikecam teruk oleh rakyat. Jika tidak dikecam, lagi bagus kerana akan ada ‘next step’ ke arah penjayaan agenda mereka,” dakwanya.

Oleh itu, beliau mahu pihak kerajaan mengkaji semula kedudukan SUHAKAM sebagai sebuah badan kerajaan.

Ini kerana ianya banyak merugikan negara yang impaknya sungguh besar iaitu tekanan antarabangsa, katanya.

“Kita sudah banyak kali lihat bagaimana komuniti antarabangsa menekan Malaysia apabila tidak menerima kerangka hak asasi manusia barat yang didukung oleh SUHAKAM ini.

“Bacalah laporan-laporan yang dibuat oleh SUHAKAM. Kajilah siapa rangkaian mereka,” katanya.

PEMBELA rayu wakil rakyat muslim bersatu kes kalimah Allah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker