16 Geng Nicky didakwa hari ini


Kuala Lumpur: Seramai 16 Geng Nicky akan dituduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Katanya, ia berkaitan pembabitan mereka di dalam satu kumpulan jenayah terancang.

Minggu lalu Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, seramai 118 individu ditahan menerusi 70 serbuan dalam Operasi Pelican 3.0 yang dilakukan bagi mengesan dan menahan anggota kumpulan Geng Nicky yang didalangi Pengasas Winner Dynasty Group Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee pada 20 hingga 28 Mac lalu.

Beliau dipetik berkata, antara individu yang ditahan berkenaan adalah dua adik kepada Nicky Liow, masing-masing bergelar Datuk Seri serta Datuk berusia 28 dan 30 tahun, selain seorang lagi Datuk Seri bersama lima Datuk lain.

Dua individu berpangkat Datuk Seri termasuk adik kepada Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dan enam berpangkat Datuk antara 68 individu yang ditahan kerana terlibat dengan Geng Nikcy.

“Saya bukan cakap kosong hendak tangkap polis terlibat Datuk Seri Nicky”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker