Murid tahun satu cedera ditampar guru


JOHOR BAHRU – Seorang murid tahun satu mengalami kecederaan bibir bengkak dan berdarah akibat ditampar guru sekolah dalam satu kejadian di sebuah sekolah di Kulai dekat sini Isnin lalu.

Menurut ibu kanak-kanak malang itu, Ida Sofea Mohamed, 34, memberitahu, pihaknya kecewa kerana guru berkenaan memberi alasan bahawa anak lelakinya berusia tujuh tahun menangis dan tiada tanda hendak berhenti.

Jelasnya, guru lelaki tersebut dikatakan hilang sabar lalu menampar muka anaknya

“Bila saya ambil dia balik dari sekolah dan dia buka pelitup muka, saya nampak ada darah dan mulutnya bengkak. Bila diperiksa ada lebam darah beku dalam mulut dengan pipi bengkak sebelah.



“Petang itu saya membawanya ke klinik untuk mendapatkan ubat bagi kebaskan mulut yang bengkak agar dia boleh makan seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Tambah ibu kepada dua orang anak itu lagi, apabila dia bersemuka dengan guru berkenaan pada keesokan harinya, guru itu mengakui menampar anaknya.

“Saya juga berasa kecewa dengan jawapan diberikan guru besar sekolah berkenaan yang hanya berkata ‘benda dah jadi’.

“Bagi saya, guru besar sebagai seorang pemimpin perlu lebih profesional dengan memberi janji bahawa perkara seperti itu tidak akan berulang,” ujarnya. K Online



[VIDEO] ‘Anak Orang Tu Woi!!!’ – Netizen ‘Naik Angin’ Bila Cikgu Tadika Campak Pelajar Ke Lantai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker