Everton Gantung Tiga Penaja Rusia Berikutan Krisis Rusia-Ukraine

Everton Gantung Tiga Penaja Rusia Berikutan Krisis Rusia-Ukraine

EVERTON menggantung kesemua urusan komersial dan penajaan dengan tiga syarikat Russia berikutan pencerobohan negara itu ke atas Ukraine.

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengambil langkah drastik dengan memutuskan semua hubungan dengan syarikat USM, Megafon dan Yota — yang dikaitkan dengan pemilik The Toffees, Alisher Usmanov — berkuat kuasa serta-merta.

Aset Usmanov telah dibekukan kelmarin sebagai sebahagian daripada sekatan yang dikenakan oleh Kesatuan Eropah (EU), satu tindakan yang disifatkan jutawan itu sebagai tidak adil dan dia berikrar untuk mengambil tindakan undang-undang.

Tekanan semakin meningkat kepada Everton untuk menamatkan penglibatan mereka dengan Usmanov yang menyaksikan USM turut menaja gelanggang latihan kelab itu.

Megafon pula merupakan penaja utama pasukan wanita Everton sementara dan logo Yota terpampang di lengan jersi mereka.

Malah, antara pemegang utama saham USM, Farhad Moshiri, juga mempunyai hak untuk mengiklankan jenama syarikatnya di stadium baru The Toffees kelak.

Satu kenyataan malam tadi mengesahkan penajaan itu telah digantung dan kelab berkenaan menyatakan sokongan mereka kepada pemain antarabangsa Ukraine, Vitaliy Mykolenko.

“Semua orang di Everton terkejut dan sedih dengan peristiwa ngeri yang berlaku di Ukraine,” menurut kenyataan itu.

“Keadaan tragis ini perlu berakhir secepat mungkin dan sebarang kehilangan nyawa lagi harus dielakkan.

“Pemain, kakitangan barisan kejurulatihan dan semua orang yang bekerja di Everton memberikan sokongan penuh kepada pemain kami Mykolenko dan keluarganya, kami akan terus berbuat demikian.

“Kelab ini mengesahkan telah menangguhkan semua urusan penajaan komersial dengan syarikat Russia USM, Megafon dan Yota berkuat kuasa serta-merta.”-AA

Everton Gantung Tiga Penaja Rusia Berikutan Krisis Rusia-Ukraine

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker