[VIDEO] Peguam Ini Bagitau Apa Yang Rider Boleh Buat Jika Dikasari.. Mungkin Boleh Buat Owner Kedai Menyesal Tak Sudah
Polis mengesahkan telah menerima laporan berkenaan kejadian seorang penghantar makanan yang dipukul di sebuah kafe semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, berdasarkan laporan itu mangsa telah mendakwa dirinya ditampar di bahagian leher kiri oleh pemilik kafe tersebut.
VIDEO DIBAWAH:-
[videopress B3BI8EGq]“Kejadian berlaku apabila pemilik kafe berselisih faham dengan penghantar makanan (mangsa) berkaitan kelewatan dalam menguruskan penghantaran makanan yang telah dipesan hingga menyebabkan pelanggan membatalkan pesanan mereka.
“M.angsa telah ditampar di bahagian leher sebelah kiri serta menghalau mangsa keluar dari kafe,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ku Mashariman berkata, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis kerana video rakaman kejadian telah tular di laman sosial.
Peguam Ini Kongsi Cerita Rider Serta Hak Yang Perlu Diketahui
“Kak, nah terlebih seringgit ni”, hulur adik yang menghantar makanan Food Panda kepada saya. Eh, dik. Apa pula terlebih. Kan RM 25.10. Akak bagi RM 26 ni. Betul lah kan”. Dia jawab “Eh, kak. 10 sen je. Takkan saya nak kira kak. Takpelah kak”. Baik hati adik ni. Sampai bagi senyuman, tidak berkira pula.
Saya senyum. “Terima kasih dik. Tak apa, hari ini biar akak yang lebihkan”. Begitulah bertolak ansur. Bagus kalau semua yang begini.
Saya memang selalu pesan Food Panda. Erm, kantoi jarang masak! Haha. Jadual terlalu sibuk kadangkala. Tidak sempat. Jadi Food Panda ini sangat serasi dengan rumah kami. Hujung minggu sahaja kalau sempat masak. (Masih nak cerita yang saya masak. Haha)
Kerana selalu sangat, jadi setiap minggu pelbagai ragamlah rider kami jumpa. Alhamdulilah, semuanya baik-baik belaka. Belum pernah ada pengalaman yang tidak baik.
Sehinggakan anak saya yang baru berusia 2 tahun, seronok sama-sama mengambil penghantaran dari uncle dan aunty Food Panda. “Hai! Abam!”, Nadra suka menyapa mereka. Selalu sapaan anak saya itu disambut mesra oleh rider Food Panda
Setiap kali, saya lebihkan mengikut pesanan yang saya buat dan juga duit tunai yang ada dalam tangan. Ada lebih saya share.
Pernah sekali, saya dihubungi oleh seorang rider “Kak, saya minta maaf ni. Saya bakal lambat. Sebabnya saya dah dapat notification tempahan akak. Saya dah sampai restorannya tapi saya sampai, dia tak siap lagi. Dia suruh tunggu 20 minit. Saya pergi tempat lain dulu ya kak. Lama saya nak tunggu ni”.
“Baiknya kamu bagitahu. Kadang-kadang bila time sibuk akak tunggu sejam lebih dari masa yang ditetapkan. Tapi terima kasihlah ya bagitau supaya akak pun tak tertunggu-tunggu”. Bagus kalau begini.
Pernah sekali, ada saudara-mara datang, saya sehingga buat dua pesanan dari dua restoran. Saya minta pembantu rumah, saya yang bayarkan. Rupa-rupanya tersilap bayar, terkurang pula dalam RM 3 kerana k.eliru dengan restoran lagi satu.
Kemudian rider call saya, baik pertuturannya. Dia mulakan dengan salam “Awak dah terkurang bayar saya RM 3”. Saya betul-betul minta maaf, saya minta dia patah balik. Dia kata, tak apa saya halalkan dan dia teruskan dengan pesanan lain.
Saya mera.yu datang balik kerana entah berapalah satu rumah yang dia dapat. Please!Ple.se! Patah balik. Dia p.atah balik dan saya berikan lebih daripada itu. Alhamdulilah. Baik-baik semuanya.
Memang tidak patut video rider Food Panda yang kena tampar. Apalah sehingga menampar orang? Menampar orang adalah kesalahan dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, jadi jika rider itu buat aduan dan kes ini juga tular. Maka yang menampar itu akan boleh diambil tindakan dan dihadapkan ke mahkamah.
Kepada rider-rider diluar sana, terima kasih kerana memberikan khidmat kepada kami. Betapa saya rasa rider-rider begini telah memberikan kesenangan dan kemudahan kepada kehidupan kita yang terlalu sibuk.
Ketahuilah sekiranya rider dikasari, kalian juga punya hak untuk membuat laporan polis. Jika dimaki, diugut, diserang, dilanggar lari, kalian masih juga punya hak. Cuma jangan ambil undang-undang ditangan sendiri dengan sama-sama menyerang. Teruskan bertanya dan ketahui hak kalian, insyallah ada jalannya.
Semogalah kalian sentiasa dilindungi, dielakkan daripada kece.lakaan dijalan raya dan sentiasa diberikan rezeki yang murah dan berhadapan dengan penjual dan pelanggan yang baik-baik.
Teruskan usaha kalian mencari rezeki demi untuk diri sendiri dan keluarga! Kalian hebat kerana sentiasa berusaha untuk bekerja.
Kredit : Kosmo/FBNorZabetha via OM