Kreatif Sungguh!! Reka Bentuk Kreatif Influencer Indonesia, Hasilkan Jaket Dari Bungkusan Mee Indomie

Seorang wanita muda dari Indonesia yang dikenali sebagai Putri Samboda kini menjadi bualan di Indonesia apabila tular dengan hasil kerja kreatif dan unik. Dia berjaya menjadi perhatian orang ramai apabila menghasilkan fesyen terbaharu dengan menggunakan bungkusan mi segera Indomie.

Dia yang berasal dari Yogyakarta dan kini tinggal di Washington D.C, Amerika Syarikat memuat naik hasil reka bentuk terbaharu fesyen dengan menggunakan bahan bungkusan Indomie sejak Jun 2020 lagi. Dari jaket sehinggalah kepada barangan aksesori kecil seperti beg, skirt dan pelitup muka.



1_rmz8

INSTAGRAM : PUTRI SAMBODA

1617698119157-12111898127925319443381605397469773152828681n

INSTAGRAM : PUTRI SAMBODA



Dia yang ditemuramah oleh Vice Indonesia menyatakan bahawa inspirasi beliau untuk menciptakan hasil kerja kreatif ini dipicu oleh rasa bosan apabila terpaksa tinggal di rumah sewaktu wabak COVID-19 melanda Amerika Syarikat.  Tambahnya lagi, menggunakan semula bungkusan mi segera adalah salah satu cara yang sihat untuk membuang masa.

Hasil ciptaan pertama Samboda adalah skirt yang dipadankan dengan plat nombor keretanya. Dia turut memuat naik gambar itu di laman Instagram miliknya dan kandungan itu tular serta menjadi buah mulut masyarakat Indonesia kerana Samboda berjaya mencipta sesuatu yang luar biasa dengan salah satu produk kegemaran seluruh Indonesia.

1617699151424-recycled-indomie-plastic-fashion-1

INSTAGRAM : PUTRI SAMBODA



putri-samboda-topi

INSTAGRAM : PUTRI SAMBODA

Selain daripada itu, antara ciptaannya yang tular adalah beg kecil, di mana kebanyakan orang menyatakan bahawa hasil kerja Samboda menyerupai reka bentuk Jacquemus Le Chiquito, dan telah menerima lebih dari 5,000 suka di Instagram.

Terdapat beberapa tawaran daripada luar memintanya menjual beberapa ciptaan fesyennya yang dihasilkan menggunakan bungkusan Indomie. Tetapi dia menegaskan bahawa buat masa kini, semua aksesori dan pakaian yang dicipta menggunakan bahan kitar semula adalah hanya untuk koleksi peribadi.



1617698933014-screen-shot-2021-04-06-at-141520.png

INSTAGRAM : PUTRI SAMBODA

1617698853327-screen-shot-2021-04-06-at-140918.png

INSTAGRAM : PUTRI SAMBODA



Untuk rekod, selain daripada bungkusan Indomie. Samboda turut bereksperimen dengan beberapa barangan kitar semula yang lain. Dia turut menggunakan beberapa jenama lain untuk menghasilkan reka bentuk fesyen terbaharu.-TheVocket

Al-Fatihah: Pencipta Mi Goreng Indomie Meninggal Dunia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker