Harga petrol RON95, diesel kekal, RON97 naik 2 sen — MYKMU.NET

Harga petrol RON95, diesel kekal, RON97 naik 2 sen



Sebaran :

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter bagi tempoh esok sehingga 14 April ini.

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON97 naik 2 sen seliter kepada RM2.54 seliter berbanding RM2.52 seliter sebelum ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga runcit produk petroleum secara mingguan ini mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).



Menurut kementerian itu, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.

Mana siasatan rakaman rahsia, soal Zaid

Sungguhpun begitu, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi harga paras siling yang ditetapkan.

Walaupun harga runcit mengikut formula APM bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang ditetapkan.



“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya

Tahniah!! Ayob Khan antara 12 pegawai kanan terima APC 2020 PDRM


Sebaran :


Leave a Reply