Mana siasatan rakaman rahsia, soal Zaid


Pihak berkuasa mesti mendedahkan hasil siasatan ‘rakaman rahsia’ yang kononnya melibatkan ahli politik terkemuka, demi kepentingan awam, kata seorang bekas menteri.

“Ada pita rakaman seks didakwa melibatkan seorang menteri kanan dan rakaman (komplot melibatkan rasuah) ‘scheme of things’, dan kini kita dengar pula mengenai panggilan telefon antara presiden Umno dan PKR.”

Zaid mengulas rakaman yang tular, kononnya memaparkan perbualan telefon antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan ketua pembangkang Anwar Ibrahim selepas Perhimpunan Agung Umno.

Zahid yang juga bekas timbalan perdana menteri, menafikan perbualan dengan Anwar itu, dan menegaskan rakaman berkenaan adalah palsu.



Berhubung pita seks pula, Zaid merujuk kepada dakwaan oleh bekas Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Aziz pada 2019 yang beliau terlibat dengan perbuatan homoseksual bersama menteri kanan Azmin Ali.

Azmin turut menafikan dakwaan berkenaan, dan susulan itu peguam negara ketika itu Tommy Thomas memutuskan untuk tidak mendakwa pihak yang dikaitkan dengan video terbabit kerana identiti mereka yang dirakam tidak dapat dikenal pasti.

Klip “scheme of things” pula membabitkan rakaman audio yang dikatakan dalam mesyuarat majlis tertinggi PPBM sebelum kemelut politik yang melanda negara ini pada Februari tahun lalu.

Dalam klip video berkenaan seorang lelaki didengari mencadangkan supaya PPBM berganding bahu dengan Umno untuk membentuk parti politik Melayu terbesar negara. Katanya kedudukan di syarikat berkaitan kerajaan boleh ditawarkan kepada mereka sebagai insentif.



“Semua rakaman ini perlu dilihat dari pelbagai sudut. Adakah rakaman berkenaan sahih? Adakah wujud kes mengintip dengar menerusi talian telefon? Adakah rakaman berkenaan menunjukkan jenayah sedang dilakukan?

“Jika ia berita palsu, apakah tindakan yang diambil terhadap laman web yang menerbitkan dakwaan seperti itu?” kata Zaid hari ini.

Katanya, rakaman seperti itu terutama yang dikaitkan dengan individu di dalam kerajaan mencetuskan persoalan serius mengenai kedaulatan undang-undang, kebertanggungjawaban serta ketelusan, dan disebabkan itu siasatan menyeluruh diperlukan.

“Kesimpulannya, institusi tidak boleh dilihat bermain politik, kerana perlu bertindak tanpa rasa gentar atau pilih kasih.



“Jika tidak, tiada sesiapapun akan melabur di sini. Individu dan perniagaan mesti mempunyai keyakinan terhadap institusi kita dan yakin ianya tidak disalahgunakan.” FMT

UMNO tak perlu berpakat dengan Pas yang sudah selesa dengan kuasa dan duit – Zaid



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker