[VIDEO] Gigih Hantar Pesanan Mengayuh Basikal, ‘Rider’ Foodpanda Ini Kekal Semangat Sebab Pernah Cuba Diragut

Motosikal merupakan pengangkutan yang lazim digunakan oleh penghantar makanan seperti Foodpanda dan GrabFood misalnya.

Namun agak berbeza sekali apabila seorang penghantar Foodpanda, Siti Khadijah memilih basikal sebagai medium untuknya menghantar makanan.

Jelas wanita berusia 29 tahun itu, sudah beberapa minggu dia bekerja sebagai penghantar makanan berbasikal, dengan menerima tempahan dalam radius 1 kilometer daripada lokasinya.



“Mungkin sesetengah orang anggap ambil tempahan secara berbasikal ini tidak untung sangat tetapi saya memilihnya”, kata Siti Khadijah.

Menurutnya, dia memilih pekerjaan itu kerana mahu berdikari dalam mencari rezeki dan menganggap ia sebagai satu cabaran buatnya.

Pada mulanya, wanita itu berasa malu namun perasaan itu kemudian cuba dibuang. Dia hanya kekal berfikiran positif dan yakin bahawa tugasan ini mampu dilakukan.



“Lagipun berat badan saya turun 4 kilogram selepas mengayuh basikal untuk hantar pesanan”, ujarnya lagi.

Sungguhpun begitu, Siti Khadijah turut mengalami pengalaman buruk sewaktu awal memulakan kerja berkenaan.

Pada hari kedua dia bekerja, sebuah motosikal cuba untuk meragut telefonnya tatkala dia melihat peta untuk ke tempat pelanggan.



Peragut tersebut gagal merampas namun telefon bimbit yang digunakannya itu terjatuh lalu retak apabila ditepis.

Siti Khadijah pada ketika itu rasa seperti mahu menangis. “Saya kuarkan semangan dan teruskan hantar makanan. Saya sedar dengan kecekalan, apa cabaran mendatang pun saya boleh hadapi”.

Berdepan dengan situasi sebegitu, di samping perlu meredah cuaca Malaysia yang tidak menentu sudah cukup membimbangkan ibu bapa Siti Khadijah.



Namun ibu dan bapanya tidak pernah menghalang sebaliknya terus memberi sokongan dan memintanya agar sentiasa berhati-hati.

Ujar wanita itu, sebanyak 24 tempahan yang diterimanya pada minggu pertama dia mula melakukan kerja berkenaan.

Jumlahnya juga meningkat pada minggu kedua. “Saya anggap ini salah satu senaman juga”, katanya yang keluar jam 11 pagi dan pulang pada jam 3 di sebelah petangnya.



Kesungguhan Siti Khadijah yang sebelum ini pernah bekerja di restoran makanan segera dan pekerja sambilan di hotel itu ternyata membuka mata kita semua.

Walaupun kehilangan kedua-dua pekerjaannya, namun semangat dan ketabahannya bekerja sebagai penghantar makanan untuk hidup berdikari adalah sesuatu yang dikagumi.

Apatah lagi dengan menunggang basikal. Syabas Siti Khadijah!

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=6hHAQXeCMv0[/embedyt]

Sumber: Harian Metro,Twitter,Era Baru



[VIDEO] Rider Food Panda Kena Belasah, Pelanggan Bersikap Biadap Dikecam Netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker