Pukul budak OKU dengan topi keledar sebelum maut kemalangan


BALIK PULAU – Pemandu kereta Suzuki Swift yang maut dalam kejadian melibatkan tiga buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tengah-Bayan Baru di sini semalam sebelum itu didakwa bertindak memukul seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) di sebuah kedai bundle di Sungai Tiram.

Kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu menyebabkan mangsa lelaki berusia 21 tahun mengalami kecederaan pada muka termasuk patah tulang hidung, lantai mata dan bibir serta hidung berjahit akibat dipukul dengan topi keledar.

Mangsa merupakan OKU fizikal iaitu tangan kanan tidak bertenaga kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A. Anbalagan berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian berlaku daripada seorang peniaga bundle yang juga penyewa premis terbabit.



Menurutnya, pengadu memaklumkan yang mangsa merupakan anak kepada pemilik premis berkenaan yang datang ke situ untuk berehat.

“Semasa itu, pengadu sedang berbual bersama rakan di luar kedai dan secara tiba-tiba ternampak kelibat seorang lelaki berbadan gempal dan berkulit gelap serta tidak memakai selipar berlari keluar dari premis.

“Pengadu mengesyaki lelaki yang lari keluar tersebut telah menyerang mangsa lalu dia terus menghubungi ambulans untuk membawa mangsa mendapatkan rawatan ke Hospital Pulau Pinang,” katanya di sini tadi.

Semalam, lelaki berusia 30 tahun itu dilaporkan maut ketika dalam perjalanan ke HPP selepas merempuh dua kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat berkenaan kira-kira pukul 2.50 petang. K Online



Pemotong rumput mengaku tak bersalah pukul polis guna topi keledar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker