Kawal bilangan sekolah tahfiz, gesa penduduk Ampang

Kawal bilangan sekolah tahfiz, gesa penduduk Ampang

Kawal bilangan sekolah tahfiz, gesa penduduk Ampang

KUALA LUMPUR: Penduduk Taman Tun Abdul Razak di Ampang berharap dakwaan murid-murid sebuah sekolah tahfiz di situ yang didera akan membuka mata pihak berkuasa tempatan.

Bulan lepas, penduduk terkejut apabila mendapat tahu polis menyelamatkan lapan budak lelaki dari sekolah tahfiz itu, susulan dakwaan mereka didera.

Pasangan yang mengendalikan sekolah tahfiz itu dituduh di mahkamah minggu lalu atas tuduhan menyebabkan kecederaan.



Zaiton Ismail, presiden persatuan penduduk di Taman Tun Abdul Razak berkata, isu sekolah tahfiz tidak berlesen memeningkan penduduk sejak tiga tahun lalu.

Katanya, beberapa sekolah tahfiz ditubuhkan di situ meskipun aduan dibuat ke Majlis Perbandaran Ampang Jaya seawal April 2018. Katanya, ada sekolah mempunyai sehingga 40 murid.

Kawal bilangan sekolah tahfiz, gesa penduduk Ampang
Monyet menggeledah sampah di luar sebuah sekolah tahfiz.

Hampir 10 buah

“Pada 2010 hanya ada satu atau dua sekolah tahfiz di sini, tetapi sejak itu bertambah dengan banyak sehingga hampir 10 buah,” katanya kepada FMT.

Beliau tertanya apakah sekolah tahfiz berkenaan mempunyai permit.



Berdasarkan undang-undang zon tanah, seluruh kawasan ini kediaman. Jadi tidak boleh sewenangnya ditukar jadi benda lain

Beliau berkata penduduk juga bimbang sama ada SOP Covid-19 dipatuhi.

“Kawasan ini tidak direka untuk memuatkan sebegitu ramai orang dalam satu rumah,” katanya.

Zaiton juga mempersoalkan adakah sekolah tahfiz berkenaan memenuhi peraturan bomba, mengatakan penduduk tidak mahu kejadian sekolah tahfiz terbakar di Kampung Datuk Keramat pada 2018 berulang. Dalam kejadian itu, sebanyak 23 orang terbunuh.



Mu
Kawal bilangan sekolah tahfiz, gesa penduduk Ampang
Murid murid sekolah tahfiz di sebuah taman di Taman Tun Abdul Razak, Ampang.

Menurutnya, garis panduan hanya membenarkan tadika beroperasi di kawasan kediaman, dengan syarat mendapat izin jiran di kedua-dua belah dan bukan di tepi jalan utama.

Katanya, persatuan penduduk pernah bertemu MPAJ dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan pihak majlis berkata ia akan memberikan tempoh sehingga 2021 untuk sekolah-sekolah tahfiz berkenaan mengosongkan tempat mereka.

Seorang penduduk, Syed Abdillah Syed Abbas Alhabshe, berkata jalan di situ tidak direka untuk menampung kesesakan lalu lintas akibat pengkomersilan kawasan itu.

Katanya lagi, tong sampah di situ melimpah dan sampah bertaburan di merata tempat, situasi yang mengundang kedatangan monyet.



Awal bulan ini, Presiden MPAJ, Mohd Fauzi Mohd Yatim, berkata semua 54 sekolah tahfiz swasta di Ampang Jaya sudah berdaftar menerusi satu program pendaftaran.

FMT sudah menghubungi Fauzi bagi mendapatkan reaksi beliau berhubung aduan terbaru persatuan penduduk.

 


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook My KMU NeT


https://mykmu.net/2021/05/14/perumahan-perubatan-dan-hospital-jadi-fokus-aman-palestin/

 

 



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker