Neelofa Minta Semua Bertenang “Tak lancar Lagi ‘Free Marketing’ Dah Gegar Satu Negara… Syukur..”

Demikian respon Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, ketika namanya menjadi topik hangat netizen dalam media sosial sejak beberapa hari lalu berhubung isu rentas negeri membabitkan urusan kerja di Pulau Langkawi, Kedah.

Ringkasnya, bekas pengacara MeleTOP itu meminta semua individu yang tidak henti-henti memperkatakan tentang dirinya supaya bertenang.

“Tidak lancar lagi, promosi percuma sudah gegar seluruh negara.



“Syukur rezeki yang Allah SWT atur, sekarang sudah berjuta orang tahu cawangan terbaharu milik saya bakal dibuka di Pulau Langkawi,” tulisnya dalam InstaStory hari ini

Baru-baru ini, heboh satu Malaysia bercerita tentang pasangan selebriti Neelofa dan suami PU Riz berikutan isu rentas negeri ke Langkawi untuk berbulan madu.

Bagaimanapun, pihak polis telah mengesahkan perjalanan pasangan tersebut adalah atas urusan kerja, bukan untuk berbulan madu seperti yang didakwa ramai.

Netizen serang akaun laman sosial Neelofa



Namun, masih ramai netizen yang tidak berpuas hati terhadap kedua pasangan berkenaan dan bertindak menyerang Neelofa di semua akaun laman sosial milik usahawan berusia 32 tahun itu.

Sebagai contoh, salah satu ciapan Neelofa di Twitter yang bertanya tentang permainan kegemaran netizen ini. Rata-rata netizen mengecam selebriti itu:

Suka game langgar2 SOP

 



Suka ‘game’ dapat perhatian semua orang

Justeru itu, sedar akan semua perhatian dan kecaman diberikan di serata laman sosial, Neelofa memuat naik Insta Story beserta kapsyen seakan ‘memerli’ para netizen yang terlalu sibuk menjaga hal tepi kain orang lain.

“Bertenang semua di luar sana. Tak ‘launch’ lagi free marketing dah gegar satu negara.. Syukur rezeki Allah atur, sekarang berjuta orang tahu cawangan Chatime saya akan dibuka di Langkawi..” tulisnya pada video pendek itu.

Menurut pengasas jenama Naelofar itu, dia berharap orang ramai bertenang lebih-lebih lagi dalam membahaskan isu melibatkan dirinya.



Menerusi ‘posting’ itu, Neelofa sendiri mengakui dia bersama suami terbang ke Langkawi untuk melawat cawangan Chatime miliknya yang akan dibuka di pusat peranginan itu tidak lama lagi.

Teruja dapat ‘free marketing’

Dalam pada itu, dia sempat meluahkan rasa syukur kerana secara tidak sengaja kekecohan netizen telah memberi peluang ‘marketing’ percuma ke atas perniagaannya biarpun masih belum dilancarkan lagi.



Terdahulu, netizen melancarkan serangan ke atas hampir semua ‘posting’ yang dimuat naik oleh pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu lantaran dakwaan tidak mematuhi SOP berkaitan majlis pernikahannya serta isu rentas negeri.-OMM

Sumber: Instagram Neelofa

Jangan MeLangkawi Batas..”- Perang Dingin Chatime Dan Tealive Kembali ‘On’ Sebab Neelofa?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker