Jangan MeLangkawi Batas..”- Perang Dingin Chatime Dan Tealive Kembali ‘On’ Sebab Neelofa?


Sejak kelmarin lagi, laporan mengenai keberadaan pasangan pengantin baharu, Noor Neelofa dan PU Haris Ismail di Pulau Langkawi hangat diperkatakan di media sosial apabila mereka didakwa berada di sana untuk berbulan madu.

Ia pantas mendapat tentangan daripada warganet tempatan yang beranggapan tindakan tersebut bercanggah dengan keperluan rakyat untuk kekal berada di negeri masing-masing mengikut status Per1ntah Kawalan Pergerakan kawasan masing-masing.

Tambahan pula mereka berdua adalah figura popular dan seharusnya menetapkan teladan kepada masyarakat mengenai kepentingan mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Biarpun begitu, syarikat minuman Chatime Malaysia tampil memberikan kenyataan rasmi semalam berkenaan sebab utama Neelofa dan PU Riz berada di sana.

Menurut mereka, pasangan tersebut terl1bat dengan urusan lawatan kerja ke cawangan Chatime yang terletak di Langkawi, Sungai Petani dan Kangar. Ini bagi tujuan pembukaan cawangan baharu jenama tersebut di zon utara.

Pasangan tersebut telah memperolehi kebenaran untuk merentas negeri daripada balai polis mengikut SOP yang ditetapkan. Kenyataan tersebut hadir daripada Pengarah Urusan Kumpulan itu sendiri iaitu saudari Aliza Ali.

Dengan penjelasan yang diberikan ini, ramai beranggapan isu ini telahpun selesai.

Bagaimanapun, ia seakan-akan dih4ngatkan lagi dengan beberapa ciapan sinis daripada syarikat pesaing Chatime iaitu Tealive.

Spill!
Menerusi muat naik secara tiba-tiba di Twitter selepas kali terakhir berbuat sedemikian pada 13 Mac lalu, Tealive Malaysia dilihat seakan memerli Chatime dengan dengan ciapan berbunyi,

“Pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan di seluruh negeri..”

Aik, tiada ribut tiada hujan, tiba-tiba Tealive tampil bercakap mengenai soal rentas negeri?

Tidak cukup dengan itu, Tealive juga berkata, “You know? Tealive is better than..” Hhm..

Dan yang paling win adalah ciapan di bawah. Korang bacalah sendiri, kami nak sambung gelak..

Debat di antara Chatime dan Tealive ini bukanlah satu perkara baharu, hvbungan antara dua jenama ini sememangnya telah lama menjadi topik perbualan warganet.

So anda team Chatime ke Tealive?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker