Titik Buta: Lelaki maut digilis treler di persimpangan lampu isyarat — MYKMU.NET

Titik Buta: Lelaki maut digilis treler di persimpangan lampu isyarat



Sebaran :

KOTA BHARU: Seorang lelaki maut setelah motosikal ditungganginya dirempuh sebuah treler di Jalan Paya Bemban, Kota Bharu, Kelantan pada Selasa.

Dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Paya Bemban, Kota Bharu sekitar jam 12 tengah hari itu, mangsa Lu Tong Kiat, 53, meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian dada dan belakang badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang berada di kiri cuba memotong treler untuk membelok ke kanan menghala ke arah Taman Maju.



“Mangsa berada di kawasan titik buta kenderaan berat berkenaan yang menyebabkan pemandunya tidak menyedari kehadirannya,” katanya ketika dihubungi.

Pemandu treler berusia 43 tahun itu meneruskan perjalanan apabila lampu isyarat bertukar hijau dan tidak menyedari kehadiran mangsa.

“Pada masa sama, mangsa yang berada di bahagian kiri kenderaan berat itu cuba memotong untuk membelok ke kanan, namun bergesel dengan treler serta jatuh,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (HRPZ II) untuk bedah siasat, manakala pemandu treler itu tidak mengalami kecederaan.



Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sebaran :


Leave a Reply