Neelofa ke Langkawi buka cawangan baharu Chatime


Selebriti popular, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail atau PU Riz sedang menjalankan lawatan kerja di tiga lokasi di utara semenanjung bagi pembukaan cawangan baharu.

Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali berkata, pasangan itu melakukan lawatan kerja di Sungai Petani, Langkawi dan Kangar.

“Lawatan ini membabitkan beberapa kakitangan dari bahagian operasi dan pengurusan Chatime Malaysia.

“Kebenaran merentas negeri ke Langkawi diperoleh dari balai polis berdekatan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni dilaporkan berkata, Neelofa ke pulau peranginan berkenaan bersama tiga yang lain.

Menurutnya, wakil sebuah syarikat produk minuman membuat permohonan rentas negeri di Balai Polis Sri Hartamas.

“Hasil semakan mendapati borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membenarkan pergerakan keluar empat individu itu bermula 27 Mac hingga 4 April untuk urusan kerja.



“Syarikat terbabit mengemukakan surat tertera nama Neelofa dan tiga yang lain sebagai mewakili mereka untuk melawat lokasi perniagaan yang akan dibuka di sana,” katanya.

Semalam, beberapa gambar memaparkan Neelofa dan Haris berada di Langkawi tular di media sosial dengan dakwaan mereka berbulan madu. HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker