Terdiam Sepi Dari Industri Hiburan! Inilah Kehidupan Baru Wahid Senario Yang Ramai Tak Tahu

Sebaran :


Seketika dahulu, kumpulan lawak Senario menjadi fenomena hebat dalam industri lawak tanah air. Setiap cerita, filem, drama pentas dan program televisyen akan dipenuhi dengan mereka ini. Boleh dikatakan lawak mereka pada zaman kemuncaknya memberikan banyak kenangan pada kita semua.

Mereka bukan sahaja fokus kepada unsur lawak jenaka semata-mata. Setiap cerita yang disampaikan oleh kumpulan Senario ini akan diselangi dengan unsur nilai moral dan pengajaran kepada kita. Malah cerita yang disampaikan juga dekat dengan masyarakat kita.

WAHID LEBIH BANYAK BERDIAM DIRI

Dah lama kita tak lihat ahli-ahli Senario ini bersatu setelah masing-masing mengambil keputusan untuk membawa hala tuju masing-masing. Mungkin Saiful Apek, Yasin, Lan Pet Pet ada juga muncul kadang kala di kaca tv. Yang lebih banyak berdiam diam adalah Wahid.



Tahun terakhir Wahid dilihat aktif adalah pada 2011 menerusi rancangan Melodi dan pada ketika itu dia digandingkan bersama Fara Fauzana untuk mengacara program berkenaan. Difahamkan kini Wahid sedang berehat di kampong halaman di Ipoh, Perak dan menjadi penyampai radio untuk Hingker FM.

KEHIDUPAN TERKINI WAHID SENARIO

Bertanyakan kehidupan baharu Wahid, dia memberitahu yang kini dia lebih banyak menghabiskan waktunya di masjid. Walau bagaimanapun itu tidak bermaksud dia meninggalkan segala aktiviti seninya. Jelas Wahid, dia masih menerima tawaran aktiviti hiburan sekiranya ada yang sudi.

LEBIH MENDALAMI AGAMA



Disapa hal jarang muncul di kaca tv, dia akui yang dirinya sudah jarang mendapat tawaran untuk melakukan persembahan bahkan berlakon sekali pun. Mungkin kerana Wahid sendiri yang kurang menonjolkan diri di media sosial. Yela sekarang siapa pandai gunakan peluang platform media, makin terkenal dan senang untuk didampingi.

Apa pun Wahid lebih selesa mendalami ilmu agama dan jelasnya dah jadi tanggungjawab seorang muslim untuk menyampaikan kebaikan di tahap umurnya sebegini. Dia kini lebih kerap dijemput sebagai tetamu di program agama dan juga dakwah.

SENARIO TAK PERNAH BERPECAH

Menurut Wahid, kumpulan Senario tak pernah berpecah pun. Mereka masih seperti dulu cuma kini hanya kerpa berhubung melalui aplikasi whatsapp maklum lah masing-masing berjauhan. Dikatakan kali terakhir mereka berjumpa pada tahun 2016 atau 2017.



Diharapkan kumpulan Senario akan kembali membuat comeback melalui program dan sketsa seperti dulu-dulu. Ramai peminat yang mula rindukan persembahan mereka kini. Sama-sama kita doakan agar Wahid dan kumpulan Senario dimurahkan rezeki untuk mereka kembali beraksi.

Baby Shima – Biodata dan Latar belakang [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply