Baby Shima – Biodata dan Latar belakang [VIDEO]

Nama penuh: Nor Ashima Ramli

Nama pentas: Baby Shima

Tarikh lahir: 20 September 1992​

Umur: 26 tahun

Asal: Permas Jaya, Johor Bahru

Label: Nagaswara (Indonesia)​

Pekerjaan: Penyanyi

Media sosial: Twitter @aicobabyshima, Instagram @babyshimaofficial, Facebook Baby Shima, Youtube Baby Shima dan Tik Tok babyshima

Fakta Menarik

1. Aktif menyanyi lagu cover di aplikasi Smule dan laman Youtube. Bagaimanapun mula mendapat perhatian selepas berduet dengan Khai Bahar di Smule di mana lagu Gurauan Berkasih nyanyian mereka telah meraih lebih 20 juta tontonan.

2. Mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dengan pengurusnya sendiri, Mohd Afrendie Affendy (Andy) selepas lima tahun berkenalan.

3. Antara single lagu yang pernah dihasilkannya seperti Tak Sabar, Nombor Dua, Makan Hati, Lelaki Lama, Kangen Rosul, Jaran Ucul, Main Mata, Sirna dan terkini, Roadblock Hatiku (duet bersama Floor 88).

4. Turut menyanyikan lagu tema Mawar Putih Tanda Perpisahan untuk drama dengan judul sama, arahan Bade Hj Azmi, terbitan Datuk Rosyam Nor pada tahun 2013.

5. Pernah membintangi telefilem Ayam Ribut Syawal sebagai watak utama, siaran TV3 pada tahun 2014.

6. Antara pencapaiannya dalam bidang hiburan ialah pernah menjuarai Mangga Star Search 2009, bergelar juara Bintang Idola Berita Harian 2010, juga juara program KPOPNya Raya (Astro Ria), tersenarai dalam pencalonan awal bagi kategori Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2012, Top 24 D’Academy Asia musim ketiga, tercalon dalam kategori Pendatang Baru Dangdut Terpopular Anugerah Dangdut Indonesia 2017 (MNCTV) dan menjadi finalis akhir program realiti Big Stage 2018.

7. Pernah tular kerana dimarahi penyanyi dangdut, Mas Idayu dalam program D’Academy Asia di Jakarta, Indonesia. Sekali lagi Shima menjadi bualan hangat kerana pengsan di konsert minggu kedua Big Stage sejurus selepas membuat persembahan.

Foto Terkini

 

BABY SHIMA MOHON MAAF – TIADA NIAT HINA

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker