UNDI 18: Kerajaan khianati janji pendaftaran pemilih automatik, Undi 18 – Anwar Ibrahim
Kerajaan sekarang yang sebahagiannya daripada pentadbiran lalu didakwa mengkhianati dan memungkiri janji yang telah dipersetujui tentang pendaftaran pemilih automatik dan Undi 18 yang dibuat di Dewan Rakyat.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, peranan anak muda pada ketika ini adalah penting dan berkebolehan dalam menentukan masa depan negara.
“Saya mengulangi pendirian untuk terus mendesak kerajaan dan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) untuk segerakan proses ini.
Pada Khamis, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh menjangkakan pendaftaran pemilih automatik dan Undi 18 boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022, sekali gus bermakna ia tidak sempat dilaksanakan pada Julai tahun ini seperti jangkaan awal.
Katanya, tempoh tersebut dibuat selepas menilai semula pelbagai kekangan dan isu yang telah menjejaskan perancangan dan persiapan awal SPR termasuk penularan wabak COVID-19.
Anwar dalam pada itu menjelaskan, isu itu ditimbulkannya kerana ia telah dilulus dan dipersetujui oleh semua Ahli Parlimen pada tahun 2019 sewaktu Pakatan Harapan (PH) memerintah.
You must be logged in to post a comment.