TRIVIA: Alunan Zikir Dan Nasid Iringi Majlis Neelofa dan PU Riz Dan Empat Tan Bunga Segar Penuhi Dekorasi Pelamin Berbentuk Jabal Rahmah

ACARA akad nikah pasangan popular Neelofa dan suaminya, Pencetus Ummah (PU) Riz diadakan dalam suasana yang cukup indah di Grand Hyatt, Kuala Lumpur, pagi Sabtu.

Dekorasinya seperti berada di sebuah taman dengan hiasan bunga-bunga segar memberi ketenangan kepada pengantin dan tetamu yang datang.
Ia dilengkapkan pula alunan zikir dan lagu-lagu nasyid sepanjang acara berlangsung.

Majlis yang diadakan secara tertutup itu bermula seawal pukul 10 pagi dengan kedatangan tetamu-tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat kedua-dua pasangan.

Berikut trivia majlis akad nikah Neelofa dan Haris Ismail:

1. Sebanyak empat tan bunga segar berwarna putih digunakan untuk menghiasi pelamin yang direka berbentuk Jabal Rahmah – sering dikaitkan sebagai lokasi untuk memohon jodoh.

Difahamkan terdapat sekitar tujuh jenis bunga berwarna putih digunakan termasuk mawar, orkid dan baby breath.

2. Menggunakan khidmat perunding perkahwinan Reka Teemor, rekaan pelamin itu berjaya dihasilkan dalam tempoh sebulan. Mereka akhirnya dapat merealisasikan dekorasi impian Neelofa.

3. Majlis diserikan dengan nyanyian nasyid daripada kumpulan Inteam bersama penyanyi Lah Ahmad.

4. Jemputan sekitar 150 tetamu diwajibkan memakai pakaian serba putih manakala wanita yang tidak berhijab perlu memakai selendang.

5. Majlis turut dihadiri rakan selebriti seperti Datuk Rizalman, Hannah Delisha, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Izara Aisyah, Kilafairy, dan Shalma Ainaa

6. Wajah berseri Neelofa mendapat sentuhan jurumekap Sharman Yee manakala busana serba putihnya merupakan rekaan pereka fesyen Alia Bastamam.

7. Adik kepada Neelofa iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya berasa sebak dan terdiam seketika disaat ingin menyebut nama kakaknya sewaktu sesi akad nikah.

8. Semestinya ramai tidak mengetahui, Neelofa secara tidak sengaja tersandung sewaktu berjalan menuju ke pentas pelamin sebelum upacara lafaz akad nikah bermula.

9. Tetamu disajikan dengan lima set menu iaitu kudapan (rempeyek, kuih loyang, kuih bahulu), pembuka selera (kerabu pais aneka laut), sup (sup ekor lembu berempah), sajian utama (ayam masak madu tomato, udang galah bakar berempah, dalca sayur mamak, nasi briyani utara) dan pencuci mulut (butir nako, lompat tikam, buah-buahan).

10. Ruang makan pasangan pengantin terpaksa ditutup dengan kain sewaktu majlis makan beradab

PU Riz – Biodata Dan Latar Belakang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker