[VIDEO] Selamat Pengantin Baharu Neelofa-Haris

Meleraikan segala teka-teki umum, selebriti popular Neelofa akhirnya menamatkan zaman bujang hari ini.

Berlokasikan sebuah hotel terkemuka di ibu negara, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohamad Noor, 32, dan Haris Ismail,26,  disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis bertemakan Jabbal Rahmah iaitu satu daripada lokasi popular yang diziarahi jemaah umrah dan haji di Mekah.

Menurut sumber terdekat yang boleh dipercayai, bekas pengacara MeleTOP itu dan kekasih hatinya diijabkabulkan hari ini sekitar pukul 10.30 pagi.



“Majlis pernikahan berlangsung pada sebelah pagi ini. Majlis hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat saja, segala perincian akan diumumkan sebaik mereka diijab kabul,” ujar sumber berkenaan.

Menariknya, tema yang dipilih memerlukan kedua mempelai dan semua tetamu yang diundang ke majlis berkenaan mengenakan busana berona putih.

Terdahulu, bibit-bibit cinta antara Neelofa dan Haris semakin mekar apabila mereka bekerjasama membangunkan sebuah pertubuhan kebajikan yang dinamakan Pertubuhan Kasih Neelofa Jun tahun lalu.



Sejak itu, Haris dilihat semakin kerap mengunjungi kediaman keluarga Neelofa di Damansara bagi tujuan memberi ceramah berkaitan ilmu agama.

 

Sumber memberitahu, majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz hanya dihadiri sekitar 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua pihak dan rakan baik.

Dalam akaun Instagram (IG), @lofapage, sebuah video istimewa Neelofa bercerita mengenai lelaki idamannya dimuat naik, semalam.

VIDEO DIBAWAH:-



Biarpun tidak menyebut nama PU Riz, namun video yang memaparkan gelagat Neelofa disisi bekas peserta program Pencetus Ummah itu dipercayai dituju kepada bakal suaminya itu.

“Saya banyak berdoa soal jodoh. Ada satu masa, saya menulis doa saya.

“Saya bukan hanya mahu lelaki yang boleh membahagiakan saya tetapi memberikakan kebaikan dan membimbing orang sekeliling. Itu sudah cukup membuatkan saya gembira.

“Saya ada banyak mata yang memandang. Ramai menjadikan saya sebagai ikon. Hinggakan siapa pasangan hidup saya akan memberi impak sangat besar kepada orang ramai,” katanya.



Bekas pengacara MeleTOP itu berkata, setiap wanita mengimpikan lelaki beriman, begitu juga dirinya.

“Selain beriman, saya mahukan lelaki berilmu, beramal, bijak, rajin dan bertanggungjawab.

“Itu antara ciri-ciri penting yang perlu ada untuk mencari calon suami. Apabila bersama lelaki beriman dan bertanggungjawab, saya rasa banyak perkara boleh diselesaikan dengan baik.

 



Neelofa bercerita mengenai lelaki idamannnya dalam satu video yang dimuatkan dipercayai dituju kepada PU Riz. - Foto IG Lofa Page
Neelofa bercerita mengenai lelaki idamannnya dalam satu video yang dimuatkan dipercayai dituju kepada PU Riz. – Foto IG Lofa Page

 

“Sebab itulah, saya sangat tekankan berkahwin dengan orang yang mempunyai ilmu agama,” katanya.

Kisah perkahwinan Neelofa dan PU Riz mencuri perhatian sebuah entri video menerusi akaun sama memaparkan PU Riz di sebuah kedai sambil membelek sampin songket, bagaimanapun dipadam selepas beberapa jam dimuat naik.

Video itu menyusul selepas kelihatan Neelofa di sebuah butik baju dimuat naik dalam akaun sama.

Selain itu, inai dijari menjadi petunjuk baharu mengenai teka-teki tarikh Neelofa dan PU Riz. Gambaran jelas dilihat dalam satu perkongsian menerusi IG Story Neelofa ketika mempromosikan satu produk makanan.

Menguatkan dakwaan apabila beberapa gambar rakan baik sedang bersiap dalam bilik Neelofa dengan memakai persalinan sedondon berwarna merah.

Berdasarkan komen, ia adalah majlis berinai yang diadakan secara tertutup di kediaman Neelofa pada Rabu lalu.

Sumber: Instagram Lofa.Page

[VIDEO] Jari Neelofa Berinai Merah! & ‘Bachelorette Party’ Kuatkan Lagi Spekulasi Neelofa Bernikah Esok!.Ibu Sibuk Mula Memasak….

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker