Anwar pertimbang bertanding di Tambun, Peja bakal tersingkir

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mempertimbangkan cadangan supaya beliau bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata cadangan berkenaan telah diusulkan kepadanya namun keputusan belum lagi boleh diputuskan kerana fokus parti ketika ini adalah berkaitan jumlah kerusi dan jentera pilihan raya terlebih dahulu.

“Anda fikir macam mana? Kalau anda kata boleh, saya akan fikirkan. Ia satu cadangan yang sedang saya pertimbangkan. PKR Cabang Tambun ada usulkan, namun saya belum putuskan lagi.



“Kawan-kawan di Port Dickson pula merayu minta saya kekal di sana. Saya kena fikir dahulu,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perak di Ipoh hari ini.

Ketua PKR Cabang Tambun Muhamad Arafat Varisai Mahamad dilaporkan mahu memberi laluan kepada Anwar bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada PRU15 dan keputusan itu telah dipersetujui di peringkat akar umbi menerusi Mesyuarat Agung Tahunan Cabang sebelum ini.

Menyentuh mengenai kerusi dan calon bagi PKR Perak untuk PRU15, Anwar berkata perkara itu akan dibincang dan diputuskan pada mesyuarat Majlis Presiden.

Terdahulu beliau berkata mesyuarat pada hari ini bersetuju untuk melantik Ahli Parlimen Tanjung Malim yang juga Naib Presiden PKR Chang Lih Kang sebagai Pengerusi MPN Perak bagi penggal 2022 hingga 2025.



– Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter



Iman Troye lupa diri?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker