Pengasas Sugarbook tak hadir sebutan kes, mahkamah keluar waran tangkap


Mahkamah Majistret mengeluarkan waran tangkap terhadap pengasas aplikasi Sugarbook, Chan Eu Boon, 34, kerana gagal hadir pada prosiding sebutan kes dan penyerahan dokumen hari ini tanpa sebarang sebab.

Perintah tersebut dikeluarkan Majistret Sabreena Bakar @ Bahari, selepas Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asnaf Anuar Sharuddin memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap tertuduh.

“Tertuduh (Chan), peguam bela serta penjamin tidak hadir dan saya memohon agar waran tangkap dikeluarkan,” kata Aliff Asnaf.

Mahkamah menetapkan 15 Mei depan sebagai sebutan waran tangkap tersebut dan untuk tertuduh menyatakan sebab tidak hadir pada prosiding hari ini.

Pada 24 Feb lepas, Chan didakwa melakukan kesalahan menyiarkan hantaran menyebabkan ketakutan dan kegentaran orang awam dengan menggunakan sebuah laman web bagi menyiarkan satu catatan “Top 10 Sugar Baby Universities in Malaysia” pada 10 Feb lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama iaitu penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. FMT

Encik Sajat bakal ‘Ke Dalam’ setelah Mahkamah keluarkan waran tangkap

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker