Guru dipanggil polis kes tular campak kanak-kanak — MYKMU.NET

Guru dipanggil polis kes tular campak kanak-kanak



Sebaran :

SHAH ALAM : Polis memanggil seorang guru untuk direkod keterangan hari ini, berhubung isu video tular yang memaparkan wanita itu mencampak seorang kanak-kanak yang juga pelajarnya ketika sesi pembelajaran.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, wanita itu dipanggil selepas menerima laporan daripada ibu kepada pelajar itu.

“Saya sahkan laporan polis telah dibuat oleh ibu kanak-kanak tersebut dan kes dalam siasatan,” katanya di sini, pada Jumaat.



Mengulas lanjut, Baharudin berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Katanya, jika disabit dengan kesalahan, guru itu boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Video berdurasi 10 saat yang dimuat naik di Facebook My Kuala Langat itu memaparkan guru wanita itu mengangkat mangsa sebelum mencampak kanak-kanak itu ke lantai.

Aksi itu turut diperhatikan pelajar-pelajar lain.



Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah tadika swasta di Jalan Kebun, Klang.

[VIDEO] ‘Anak Orang Tu Woi!!!’ – Netizen ‘Naik Angin’ Bila Cikgu Tadika Campak Pelajar Ke Lantai


Sebaran :


Leave a Reply