Lelaki lolos walaupun tayar kereta ditembak polis
Polis melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah kereta selepas pemandunya bertindak agresif cuba melanggar anggota yang sedang bertugas di Jalan Anggerik, Kampung Sungai, Kayu Ara di sini, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.25 petang itu, satu das tembakan terpaksa dilepaskan apabila suspek enggan memberhentikan kereta selepas dikesan memandu dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, suspek kemudian bertindak memandu melawan arus di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) sebelum meninggalkan kenderaannya di tepi jalan berhampiran Gereja Katolik SS25, di sini.
Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, polis yakin suspek masih berada di kawasan Petaling Jaya dan gerakan memburunya giat dijalankan.
Kes itu katanya, disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Adam Firdauz Ahmad di talian 012-7565464 atau mana-mana balai polis berhampiran dengan segera.
Kalau nyawa sedang terancam, buat apa tembak tayar, tembak saja pemandunya. Sekarang pemandunya terlepas dan mungkin akan melakukan banyak lagi perbuatan jenayah termasuklah membunuh.