[VIDEO] Drama Ganas Dua Penjenayah Di Sungai Buloh.. Pemandu Cuba Rempuh Kenderaan Elak Ditahan Polis



Sebaran :

Satu video menunjukkan pemandu kereta Proton Waja, merempuh dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas di Sungai Buloh, untuk melarikan diri dari polis menjadi tular tengah hari tadi.

Dua anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah kereta selepas pemandunya bertindak ganas merempuh beberapa kenderaan di Bulatan Sierramas, Sungai Buloh di sini.

Kejadian itu yang tular di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi apabila suspek bertindak agresif dan enggan menyerah diri walaupun dalam keadaan kenderaan dinaiki terkepung.



Video berdurasi satu minit 45 saat itu menunjukkan dua anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar kenderaan itu selepas suspek enggan memberhentikan kenderaan.

Kenderaan dengan nombor pendaftaran MAS175 itu dilihat melanggar bahagian belakang di lori dan sisi kereta Perodua Myvi untuk mencelah di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Selepas gagal untuk mencelah di antara dua kenderaan di hadapannya, suspek kemudian mengundurkan kereta ke belakang dan melanggar kereta lain.



Bagaimanapun selepas beberapa kali merempuh dua kenderaan di hadapannya, suspek akhirnya berjaya memecut kenderaannya.

Kejadian yang dipercayai berlaku antara jam 12.50 tengah hari hingga jam 1 tengah hari tadi dirakam oleh pengguna jalan raya lain yang turut berada di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

“Bagaimanapun dua lelaki itu enggan membuka pintu kereta dan menyerah diri. Pemandu kereta itu sebaliknya menekan minyak dan merempuh lori yang berada di hadapannya.



“Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat ketika kebanyakan kenderaan sedang berhenti susulan lampu merah,” katanya.

Menurutnya, suspek yang cuba merempuh anggota polis menyebabkan dua anggota polis yang berada di lokasi kejadian melepaskan tembakan ke arah tayar hadapan kiri kereta itu.

Malah kereta penjenayah turut mengundur dan merempuh beberapa kenderaan lain,



“Saya rasa anggota polis terbabit amat berdiplomasi dan menggunakan kekerasan minimum. Mereka tidak menembak penjenayah terbabit walaupun berpeluang melakukannya.

“Malah penjenayah akhirnya berjaya melarikan diri walaupun dalam keadaan tayar kenderaan pancit,” katanya.

Berdasarkan maklumat, kereta penjenayah akhirnya ditemui ditinggalkan berhampiran MRT Damansara Damai.



“Dua penjenayah di dalamnya dipercayai melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran,” katanya.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=IUpYxo_azwY[/embedyt]

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian yang tular itu dalam masa terdekat.-BH/HM


Sebaran :


Leave a Reply