Terbukti surat Ahmad Maslan tidak silap – Puad



Sebaran :

Penjelasan Yang di-Pertuan Agong  bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa membuktikan surat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan kepada Ahli-Ahli Parlimen tidak silap.

Malah, kenyataan oleh baginda itu sekali gus menolak tuduhan Tan Sri Annuar Musa bahawa permohonan untuk Yang di-Pertuan Agong perkenaan sidang khas Parlimen dianggap menderhaka, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Menurut beliau,  Yang di-Pertuan Agong Agong juga menjelaskan adalah tidak tepat tanggapan pihak tertentu kononnya proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang.



Bahkan kenyataan media Istana Negara itu menjelaskan, perkenan Yang di-Pertuan Agong kepada nasihat perdana menteri berkenaan Proklamasi Darurat pada 12 Januari 2021 semata-mata sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19 yang meragut lebih 1,000 nyawa, katanya lagi.

Justeru, beliau berharap Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak segera memberikan tarikh untuk diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai mana termaktub di dalam sub perenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa- Kuasa Perlu) 2021.

Sebelum ini, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh menempelak tindakan Ahmad yang  menghantar surat kepada 41 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional untuk menggesa sidang Parlimen diadakan.



Menurut Annuar, tindakan itu boleh ditafsirkan sebagai percubaan menderhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong yang telah berkenan mengisytiharkan darurat pada 12 Januari lepas.

Annuar berkata, tindakan Ahli Parlimen Pontian itu juga tidak pernah dibincang atau diputuskan parti.

Malah surat berkenaan didakwa bercanggah dengan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, lantaran itu beliau meminta surat tersebut ditarik balik. – MG




Sebaran :


Leave a Reply