Kompaun RM10,000 ibarat penderaan kepada rakyat – Exco Pemuda UMNO

Menaikkan kadar kompaun dalam keadaan prosedur operasi standard (SOP) yang tidak konsisten bukan saja akan menimbulkan kemarahan rakyat tetapi merupakan satu penderaan terhadap rakyat.

Exco Pemuda UMNO, Mustafa Shah Abdul Hamid berkata, dalam keadaan sukar ditambah pula pendapatan rakyat banyak terjejas, adalah tidak adil kerajaan mengenakan hukuman keras terhadap mereka.

“Secara asasnya saya bersetuju dengan keputusan kerajaan menaikkan kadar kompaun terhadap mereka yang ingkar SOP COVID-19.



“Saya sedar bahawa kerajaan memerlukan undang-undang yang ketat bagi mengawal penularan wabak ini demi memastikan kesejahteraan rakyat.

“Bagaimanapun, saya agak kurang setuju dengan langkah kerajaan menaikkan kadar kompaun sehingga RM10,000 dalam keadaan SOP yang tidak konsisten ataupun flip-flop,’ katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau turut mencadangkan kadar kompaun boleh dikenakan terhadap individu yang melanggar SOP dengan melihat kadar kesalahan yang mereka lakukan.

“Jika kesalahan itu pertama kali mereka lakukan, kadar kompuan mungkin memadai RM1,000.



“Jika kesalahan berulang, kadar kompaun meningkat sedikit demi sedikit sehingga maksimum RM10,000,” ujarnya.

Astro AWANI pada Jumaat melaporkan individu yang melanggar peraturan atau SOP yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021.

Perkara itu dinyatakan dalam Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang dimuat naik dalam portal rasmi Jabatan Peguam Negara hari ini.

Ordinan itu turut menyatakan syarikat atau perbadanan yang melakukan kesalahan berkaitan SOP boleh didenda sehingga RM50,000.



Berani langgar PKP? Bersedia ‘hadap’ denda RM10,000



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker