Had statutori hutang negara, Tengku Zafrul bingkas nafi dakwaan Najib

 

PETALING JAYA: Hutang negara dijangka hanya mencapai 58.5% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) tahun ini, kata menteri kewangan Tengku Zafrul Aziz ketika menjawab kritikan berhubung hutang negara.

Katanya, instrumen pinjaman lain mempunyai had berkanun, iaitu RM35 bilion untuk pinjaman asing dan RM10 bilion untuk hutang di bawah Perbendaharaan Malaysia, sambil menambah bahawa kedua-dua instrumen tersebut masih di bawah had berkanun.

“Apabila ada pihak merujuk kepada hutang negara mencecah 62% pada hujung 2020, ia sebenarnya adalah rangkuman semua hutang di atas. Tapi seperti yang saya jelaskan, setiap komponen ada had hutangnya sendiri dan ia tidak pernah melepasi had hutang mengikut undang-undang,” kata Zafrul dalam catatan Facebook.

Terdahulu, bekas perdana menteri Najib Razak mendesak kerajaan untuk mengemukakan usul di Parlimen bagi menaikkan had hutang negara.

Kerajaan langgar undag-undang jika tipu had hutang negara – Najib Razak

Beliau berpendapat bahawa had hutang 60% ke KDNK telah dilanggar kerana pentadbiran sekarang tidak memasukkan pinjaman asing, jangka pendek dan pinjaman bank dalam perhitungan hutangnya yang, jika disertakan, bererti jumlah hutang kerajaan adalah 62.2% dari KDNK .

Zafrul berkata, apabila negara berada dalam krisis ekonomi, maka keperluan berbelanja untuk rakyat akan lebih besar menyebabkan paras hutang juga meningkat. ⠀

“Ekoran itu, kerajaan telah menjadikan bantuan untuk rakyat sebagai keutamaan, termasuk dengan menyuntik sejumlah RM340 bilion ke dalam ekonomi melalui beberapa siri pakej stimulus. Ia menaikkan hutang tanpa melepasi had statutori seperti yang telah dijelaskan di atas,” katanya.

Zafrul juga merujuk kepada hutang yang perlu kerajaan urus hari ini disebabkan bebanan hutang yang buruk tinggalan pentadbiran terdahulu.⠀

“Walaupun hutang ini bukan hutang yang dibuat kerajaan hari ini, tetapi ia tetap hutang yang perlu kita uruskan.

“Kesannya memang besar tetapi kita cuba uruskan. Ini bukan alasan kerajaan untuk tidak berbelanja untuk rakyat. Kerajaan tetap utamakan perbelanjaan untuk rakyat melalui Strategi 6R. ⠀

“Namun bagi rakyat umumnya, jangan putus harapan. PEMERKASA, iaitu sebuah inisiatif di bawah Strategi 6R, akan menyediakan rakyat untuk bangkit kembali apabila COVID-19 ini berakhir,” katanya.

Adun Amanah nafi ‘Romen’ wanita PKR

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker