Lee Zii Jia juara All England


Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia merangkul gelaran juara kejohanan badminton All England selepas melalui perlawanan sengit.

Zii Jia menewaskan pemain Denmark, Viktor Axelsen selepas melalui tempoh perlawanan panjang pada set pertama dengan keputusan 30-29.

Pada set kedua, perlawanan bertambah sengit sebelum Zii Jia tewas kepada Axelsen 20-22 sekaligus menyaksikan perlawanan terpaksa diheret ke set perlawanan penentuan.

Memasuki set ketiga, pemain negara berusia 23 tahun itu kemudian meneruskan rentak konsisten dan lebih bertenaga sebelum menundukkan Axelsen 21-9 sekaligus merangkul kemenangan bagi kejohanan berprestij itu buat kali pertama untuk dirinya selepas melalui perlawanan lebih sejam.



Kejayaan Zii Jia yang menghuni ranking ke-10 dunia mengatasi pencapaiannya pada edisi tahun lalu apabila beliau terkandas di separuh akhir selepas tunduk di tangan Axelsen.

Ia sekaligus menyaksikan misi balas dendam ke atas kekecewaan musim lalu ditangan Axelsen terbalas.

Untuk rekod, kali terakhir pemain Malaysia muncul juara All England adalah menerusi legenda badminton negara, Lee Chong Wei yang menjuarainya pada edisi 2017. FMT

Anchorman Zii Jia under pressure



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker