Undang-undang lebih ketat perlu untuk selamatkan sumber air, kata CAP

 

PETALING JAYA: Sebuah pertubuhan pengguna mahu pihak berkuasa beralih daripada sekadar “berslogan” berhubung perlindungan sumber air, segali gus memperbanyakkan tindakan kerana mendakwa pencemaran semakin buruk.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berkata, wujud keperluan mendesak untuk memperketat undang-undang berkaitan air dengan hukuman lebih berat memandangkan berlakunya banyak pelanggaran oleh individu dan industri yang tidak bertanggungjawab.



Ia berkata perkembangan yang berlaku baru-baru ini, termasuk penyusutan air takungan di beberapa empangan seperti Empangan Muda di Kedah dan pencemaran sungai di Selangor dan Johor, adalah bukti kemerosotan kualiti dan bekalan air.

Di Kedah katanya, penduduk bimbang kesihatan mereka akan terjejas kerana bekalan air paip bukan sahaja dikurangkan, tetapi juga kotor dan berkeladak.

“Bagi mereka yang menggunakan sumber air dari bukit yang dikenali sebagai ‘air masyarakat’, turut mengeluh kerana bekalan tersebut dicemari sisa lumpur akibat aktiviti penerokaan hutan yang tidak terkawal,” CAP berkata dalam satu kenyataan sempena Hari Air Sedunia esok.

Dikatakan juga kualiti air di tasik Timah Tasoh di Perlis dan Tasik Chini di Pahang terjejas teruk susulan pencemaran alam di kawasan sekitarnya.



https://mykmu.net/2017/02/28/harap-cap-bunga-tidak-diketawakan-umno-dan-pas-di-kedah/

“Tinjauan CAP mendapati ancaman terhadap sumber air seperti kemusnahan kawasan tadahan akibat aktiviti pembalakan, pencemaran sungai dan laut kerana sisa buangan kilang, sisa kumbahan, sisa racun dan mendakan dari kawasan pertanian, najis dan sisa ternakan, termasuk pembuangan sampah sarap yang meningkat menyebabkan tahap kebersihan air amat membimbangkan.

“Kami menggesa Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan kerajaan negeri mempertingkatkan usaha serta menambah baik pengurusan air.

“Slogan untuk menyelamatkan hutan, sungai dan laut kita seharusnya tidak hanya kekal sekadar slogan,” katanya.



CAP turut mendapati saliran di kawasan pertanian digunakan sebagai tempat pembuangan bekas racun perosak oleh segelintir petani, menyebabkan air tercemar dan mengancam kehidupan akuatik.

Walaupun mudah untuk menyalahkan pihak berkuasa katanya, masyarakat juga harus berusaha untuk menghargai air dalam kehidupan mereka dengan mengamalkan sikap berjimat cermat tanpa melakukan pembaziran.

Ia berkata, air laut juga tercemar kerana buangan, termasuk minyak yang dibuang dari kapal dagang, yang sering terjadi berhampiran kawasan seperti Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Ini menyebabkan hidupan laut terancam dan sumber pendapatan nelayan teruk terjejas,” katanya.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker