‘Kartel polis’ boleh jejas ekonomi, NUBE sokong tubuh suruhanjaya siasatan



Sebaran :

 

PETALING JAYA: Kewujudan “kartel jenayah” dalam kalangan polis boleh mengakibatkan pelabur hilang keyakinan terhadap integriti negara dan akan menjejaskan ekonomi.

Demikian kata Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) ketika mengulas dakwaan Ketua Polis Negara (KPN) berkenaan hal itu.

Sekiranya isuberkenaan tidak diselesaikan, ekonomi negara akan menjadi lemah dan mengakibatkan lebih ramai kehilangan pekerjaan, katanya.



Setiausaha Agung NUBE J Solomon berkata, timbul perasaan ngeri apabila memikirkan terdapat “pegawai polis penyangak” di peringkat tertinggi yang bersubahat menjatuhkan KPN bagi memudahkan “aktiviti gelap” mereka.

“Kartel itu mengancam kredibiliti pasukan polis dan kerajaan. Mereka perlu didedahkan dan tindakan keras diambil bagi membersihkan perkhidmatan polis,” kata beliau dalam kenyataan.

“Kebimbangan masyarakat tentang kartel itu akhirnya akan mempengaruhi keyakinan pelabur dan memberi mereka lebih banyak alasan untuk menjauhkan diri dari Malaysia, sekali gus menggagalkan usaha memulihkan ekonomi.”



Solomon menggesa Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin supaya mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kepada Kabinetbagi menjalankan siasatan yang bebas, adil dan tidak berat sebelah.

Jangan bangkitkan kemarahan rakyat, segera laksanakan gencatan politik – NUBE

“RCI perlu mengambil tindakan lanjut terhadap saranan mengenai langkah bagi menyekat kegiatan rasuah dalam pasukan polis,” kata beliau

Kata beliau, banyak syarikat akan meninggalkan negara ini sekiranya mereka hilang keyakinan terhadap institusi awam seperti polis.



“Ini akan meningkatkan pengangguran, dan menimbulkan ancaman ke atas pekerja yang sedang bergelut mempertahankan pekerjaan mereka,” tambah beliau.

Setakat ini, kata Solomon, sudah ada bukti kukuh bahawa kartel jenayah wujud dalam sektor lain melibatkan agensi penguatkuasaan awam.

“Buktinya, sudah ramai pegawai imigresen berpangkat tinggi mahupun rendah yang dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas pelbagai kesalahan penipuan dan rasuah kebelakangan ini.



“Terbaharu, sejumlah pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditahan berhubung sindiket yang menerima suapan bulanan daripada syarikat pengangkutan supaya kesalahan mereka tidak dikenakan tindakan,” kata beliau.


Sebaran :


Leave a Reply