Tindakan AS sekat keterangan bukti wujud konspirasi – Tan Sri Shafee Abdullah

 

PETALING JAYA: Peguam Najib Razak berkata, alasan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat bagi menyekat keterangan yang diminta oleh bekas perdana menteri itu untuk perbicaraan 1MDB “tidak boleh diterima” .

Muhammad Shafee Abdullah membefritahu FMT bahawa tindakan AS itu menafikan keadilan dan menghalang kliennya daripada mendapat perbicaraan yang adil.

Beliau berkata, walaupun Jabatan Kehakiman AS mendakwa ia tidak berniat untuk menghalang Najib daripada mendapat akses kepada keterangan tersebut, malah tidak bersubahat dengan Goldman Sachs, namun ia tidak mengubah hakikat bahawa Najib tidak mendapat akses kepada keterangan penting bagi pembelaannya.

Jabatan Kehakiman AS baru-baru ini dilaporkan berkata, permohonan bagi mendapatkan keterangan itu dan waktu pendedahannya, akan memudaratkan permohonan kerajaan AS untuk mencelah dalam saman sivil yang difailkan oleh Najib terhadap pegawai bank antarabangsa Goldman Sachs dan bekas eksekutifnya, Tim Leissner.

Peguam bagi seorang bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng mendakwa kerajaan AS bekerjasama dengan syarikat itu untuk menghalang keterangan berkaitan skandal tersebut daripada jatuh ke tangan Najib.

Kata mereka, keterangan itu dikatakan menamakan beberapa individu yang terlibat dengan menyalur keluar dana daripada 1MDB dan menerima dana dicuri itu.

Dakwaan ini dinafikan oleh Jabatan Kehakiman.

Kerajaan AS cuba sekat keterangan berpotensi bebaskan Najib, kata peguam

Shafee berkata, dakwaan “sub judice” mengabaikan fakta bahawa ketiadaan akses kepada keterangan adalah tidak adil buat Najib bagi perbicaraannya.

Tambah Shafee, hujah pembelaan Najib menyatakan bahawa beliau tidak menyedari bahawa derma yang diterimanya daripada Arab Saudi mungkin dibuat melalui penyaluran dan pelapisan rumit dana 1MDB oleh Jho Low yang berkonspirasi dengan pegawai 1MDB, pegawai bank dan penasihat kewangannya yang korup.

“Inilah sebabnya mengapa keterangan itu sangat penting bagi membuktikan konspirasi tanpa pengetahuan Najib itu.

“Kita tidak boleh menafikan bahawa tanpa keterangan tersebut, Najib tidak akan mendapat perbicaraan yang adil.

“Bagi kami, ia kelihatan seperti keputusan yang sengaja dibuat semata-mata untuk menyekat pembelaan yang kuat buat Najib,” kata beliau.

Tambah beliau, tidak jelas bagaimanakah tindakan memberikan Najib nama-nama mereka yang menerima suapan daripada Leissner dan Goldman Sachs akan mempengaruhi pengakuan bersalah Goldman Sachs dan Leissner, yang kini hanya menanti hukuman dijatuhkan.

Penjelasn Najib mengenai “penipuan” Jho Low

Shafee berkata, Jabatan Kehakiman AS sepatutnya tahu pasukan pembelaan Najib di Malaysia memerlukan keterangan tersebut sekarang kerana ia mempengaruhi kredibiliti saksi pendakwaan, sekiranya mereka menerima suapan daripada Leissner dan Goldman Sachs.

Beliau berkata, masih terdapat banyak persoalan yang belum terjawab mengenai laporan yang mengatakan ahli keluarga bekas gabenor Bank Negara Malaysia, Zeti Akhtar Aziz, menerima wang 1MDB daripada akaun yang berkait dengan Jho Low.

“Apakah yang dilakukan kerajaan Malaysia dalam hal ini? Adakah mereka tidak berminat untuk tahu siapakah yang menerima wang 1MDB daripada Goldman Sachs, Leissner, Jho Low?” soal Shafee.

Ahli Parlimen PKR Subang, Wong Chen, baru-baru ini berkata, setiap defendan, termasuk Najib, sepatutnya mendapat akses kepada keterangan yang dapat membantunya.

“Dalam kes berprofil tinggi seperti perbicaraan rasuah 1MDB, keadilan mesti dilihat ditegakkan secara jujur dan telus,” kata beliau, mengulas dakwaan peguam Ng.

 

Bekas menteri gesa Putrajaya saman Goldman Sachs kerana salah nasihat 1MDB

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker