Jangan bangkitkan kemarahan rakyat, segera laksanakan gencatan politik – NUBE

NUBE gesa semua pihak laksana gencatan politik, beri ruang kerajaan bantu rakyat

Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) menggesa semua parti politik melaksanakan gencatan politik untuk memastikan fokus kerajaan tidak tersasar daripada membela rakyat dalam mengharungi Covid-19, susulan undian akhir Belanjawan 2021 dijangka berlangsung hari ini.

Setiausaha Agungnya, J Solomon juga berharap semua ahli politik memberi ruang dan masa kepada Muhyiddin Yassin untuk melaksanakan amanahnya kepada rakyat sehingga pilihan raya umum akan datang, memandangkan tiada sebuah parti politik yang memiliki majoriti untuk membentuk kerajaan.

“NUBE akur hanya PRU mampu menyelesaikan masalah majoriti tipis yang dimiliki kerajaan. Sehingga itu, marilah kita menguatkan tekad kita, sebagai rakyat Malaysia, untuk bekerjasama dan mengatasi krisis Covid-19 ini.



“Kestabilan politik adalah kunci untuk memastikan program yang diatur untuk mengeluarkan negara daripada kemelut kesihatan dan ekonomi mencapai matlamat disasarkan dan membantu meringankan kesengsaraan pekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin hanya masuk akal, jika presiden PPBM itu melakukan kesalahan atau penyelewengan.

Tetapi, katanya, jika tiada kesalahan dilakukan Muhyiddin, cubaan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadapnya ketika ini akan dilihat sebagai taktik memperalatkan majoriti tipis kerajaan demi memenuhi keinginan individu lain untuk menjadi perdana menteri.

“Tindakan ini akan mengundang kemarahan rakyat kerana ianya akan membuktikan ahli politik hanya berminat dengan kedudukan mereka, di mana yang berkuasa dan tamak mengeksploitasi orang miskin dan yang lemah, serta tidak berminat menjaga kesejahteraan rakyat yang berjuang untuk mengharungi krisis pandemik ini.



“Kami sudah menyaksikan natijah tindakan tidak bertanggungjawab syarikat yang mempergunakan kuasa dan kerakusan untuk mengeksploitasi pekerja.

“NUBE amat berharap pemimpin politik negara tidak mengikut jejak syarikat ini, sebaliknya mengutamakan nasib dan survival pekerja.”

Pada masa sama, Solomon turut merayu Muhyiddin mengambil tindakan terhadap pengurusan bank yang mengabaikan kebajikan atau memberhentikan pekerja, selepas melakukan penyumberan luar kerja.

Beliau mendakwa ramai ahli NUBE diminta duduk di rumah kerana pekerjaan mereka disumberluarkan atau dikontrakkan kepada pihak ketiga di dalam negara atau rantau ini.



Susulan itu, katanya, sebahagian besar pekerja bank terdiri daripada B40 dan M40 yang terpaksa bergantung kepada bantuan kerajaan dan belas ihsan NGO.

Beliau berkata, walaupun Belanjawan 2021 yang diluluskan pada bacaan kali pertama dan kedua di Parlimen tidak dapat menyelesaikan semua masalah dihadapi rakyat, tetapi ia sekurang-kurangnya mampu meringankan beban mereka.

Semalam, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan kerajaan Perikatan Nasional boleh tumbang pada undian terakhir Belanjawan 2021 dan mereka menggesa semua Ahli Parlimen mengetepikan fahaman politik parti masing-masing dalam undian terakhir itu.

Pakatan Harapan turut menyeru Ahli Parlimen menolak Belanjawan 2021 pada undian akhir yang dijangka berlangsung hari ini kerana belanjawan itu tidak memenuhi permintaan serta harapan wakil rakyat. FMT



https://mykmu.net/2018/03/27/br1m-antara-idea-najib-dalam-manifesto-pakatan-yg-mahathir-tak-akan-dilaksanakan/

Related Articles

One Comment

  1. Naik geli geleman tengok 2 Orang Tua yang dah nak mampos masih punya nafsu nak jadi PM. LOL. Dua2 si Tua ni olangsung tak sedar diri, entah esok entah lusa akan masuk kubur !! Dengar nawaitu mereka berdua kenapa nak gantikan Mahyuddin ” bukan untuk kepentingan diri, tapi demi rakyat dan negara” rasa nak muntah dan tercirit birit. Macamlah rakyat dah lupa apa yang mereka berdua buat masa jadi PM dan Menteri Kewangan dulu…. berbilion duit rakyat lesap ( kunun untuk rakyat !!). Roh Jalil Ibrahim masih yang dibunuh ketika menyiasat kerugian berbilion wang Bank Bumiputra masih merenung dari syurga…. Hanya kata2 ” Pergi Jahanam” yang sesuai dihemburkan untuk mereka yang masih bersifat tak sedar diri ini.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker