Lebih banyak wakil rakyat akan ‘lompat’


KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi bayangan bahawa lebih ramai ahli Parlimen akan ‘lompat’ untuk memberi sokongan kepada PN.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah wakil rakyat yang akan mengalihkan sokongan mereka kepada kerajaan PN.

Dalam perkembangan berkaitan, Sinchew Daily melaporkan, lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sabah pada Ahad akan membawa kejutan kerana terdapat wakil rakyat dari negeri itu dijangka akan “lompat”.

Walaupun Mohamed Azmin ketika menerima wawancara Sinchew Daily tidak memberi maklumat yang yang jelas, beliau bagaimanapun meminta supaya ahli Parlimen yang lompat parti tidak dipersalahkan.

“Kenapa nak menyalahkan mereka yang lompat? Siapa yang mengumumkan cubaan rampasan kuasa 16 September? Kenapa dia sendiri boleh buat macam ini, tetapi orang lain tidak boleh?

“Pada masa itu mereka sanggup ke Taiwan dan saya mencabar Tian Chua untuk menceritakan keadaan sebenar,” kata Mohamed Azmin merujuk kepada apa yang berlaku pada tahun 2018.

Pada tahun itu, Barisan Nasional (BN) mengaturkan 49 wakil rakyatnya ke Taiwan kerana mahu mengelak mereka melompat parti.

Tian Chua pada masa itu dilaporkan juga berlepas ke Taiwan untuk memujuk wakil rakyat BN untuk berbuat demikian.

Mengenai dua wakil rakyat asal PKR yang mengalihkan sokongan kepada PN, Mohamed Azmin terkejut dengan tindakan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr. Xavier Jayakumar yang keluar PKR.

Tentang Choong Shiau Yoon pula, Mohamed Azmin berkata, Ahli Parlimen Tebrau itu dapat membantu kerajaan mengekalkan hubungan baik dengan China berdasarkan rangkaian beliau yang luas.

“China merupakan rakan dagang utama Malaysia dan Tan Sri Muhyiddin dijangka melawat China dalam masa terdekat,” katanya. MG

‘Lompat kijang, lompat jauh’ terpulang kepada ahli politik – SPRM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker