‘Lompat kijang, lompat jauh’ terpulang kepada ahli politik – SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakui tidak ramai ahli politik berani untuk tampil melaporkan amalan rasuah terutama apabila ia membabitkan tindakan melompat parti.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil, berkata laporan rasuah berkaitan tindakan ahli politik melompat parti hanya dibuat apabila menerima desakan daripada orang awam.

“Pada pandangan peribadi saya, kalau ditawarkan rasuah, tidak ramai ahli politik yang tampil ke SPRM untuk memaklumkan mereka terima rasuah.

“Isu ini banyak yang kita terima hanya kes ‘cakap-cakap’ saja. Tapi yang mahu datang kepada kita (SPRM) tidak ada melainkan desakan orang awam.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pelancaran Cakera Padat Pencegahan (CPP) di SPRM Johor hari ini. Turut hadir, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias.

Isu ahli politik melompat parti kononnya menerima rasuah kembali berlegar selepas Datuk Dr Xavier Jayakumar mengumumkan keluar parti dan menyokong Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan cubaan menyogoknya oleh pihak tertentu.

Sementara itu, Shamshun Baharin menasihatkan ahli politik perlu membuat laporan kepada SPRM dan tidak menghebahkannya kepada umum jika berlaku elemen rasuah dalam isu lompat parti.

Katanya, lompat parti tidak menjadi isu sekiranya ahli politik hanya ingin mengubah pendirian dan pada masa sama tidak terbabit dalam amalan rasuah.-BH

Apa guna PRU, kalau lompat parti

Related Articles

One Comment

  1. isu bekas ahli parlimen UMNO lompat ke ppbm tidak didakwa atas kesalahan penguban wang haram kerana menerima dana dari bekas presiden UMNO masih belum dijawab oleh SPRM…rakyat melihat kuasa untuk mendakwa atau tidak(pemilihan dakwaan) ahli politik masih berada di tangan PM atau kerajaan yang memerintah…kalau sebelumnya kuasa itu ditangan madey kutty sekarang ini ditangan muhyiddin

    antara contoh mudah pemilihan dakwaan atau selective prosecution ini boleh kita lihat kes video sumburit azmin ali

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker